Aku & Tudung

Siapa sini rasa diri dia old fashion? Tak up-to-date? Tak mengikuti perkembangan fesyen semasa? Sebenarnya walau pun kita ni bukanlah trendy sangat, kita rasa kita ni biasa-biasa je dalam berfesyen, tapi sebenarnya sedikit sebanyak kita tetap ada mengikuti perubahan fesyen. Kalau bukan baju atau seluar, fesyen tudung pasti kita akan follow kan?


Saya pun tidak terkecuali. Saya bukan seorang yang terlalu obses dengan fesyen terkini, tapi tudung saya berubah jugak lah ikut trend semasa. Mula-mula nak berubah fesyen tu rasa malu jugak, dah terbiasa dengan satu style je kan, memanglah janggal, hehe...


Tudung Bawal

Saya mula bertudung ketika berumur 6 tahun, masa tu sekolah di Taski ABIM, so of course lah kena bertudung kan. Sampai darjah 6 saya hanya bertudung di sekolah sahaja. Start tingkatan 1 barulah saya mengenakan tudung sepenuhnya. Masa ni, fesyen tudung bawal, so itu lah tudung saya untuk bertahun lamanya, sehingga saya masuk ke alam pekerjaan, lebih kurang 12 tahun okay. Lama kan...perbezaan fesyen tudung saya masa tu sama ada saya lepaskan ke bawah atau silang je lah, hehe...

Masa form 2
22 tahun kut masa ni
Still bertudung bawal bila dah kerja
Anak sorang dah, tp fesyen sama lagi, hehe


Tudung Awning

Bila saya masuk Sapura, barulah mata ni lebih terbukak, hehe. Ramai akak-akak Melayu yang boleh ajarkan fesyen tudung ni. So saya pun terjebaklah dengan tudung awning pulak. Mula-mula nak tukar memang rasa malu, janggal, haha. Berbelas tahun dengan tudung bawal kan. Tak tahu sesuai ke tak dengan muka kita ni.




Tudung Syria

Tak lama lepas tu, famous pulak style tudung syria. 2 lapis, dengan inner di dalam. Boleh combine colour yang kita nak. Saya pun tak lepaskan peluang untuk try jugak. Hehe...




Shawl

Next saya beranikan diri untuk try shawl pulak. Belajar lilit-lilit shawl...mula-mula memang rasa leceh, tapi bila dah biasa kejap je siap, hehe. Lilit yang paling basic je.






Sekarang dah rasa selesa dengan shawl, tapi kadang-kadang still jugak guna tudung bawal, tudung awning, dan tudung syria.  Barulah bervariasi kan, ahaks. Terbaru gaya tudung bawal 2 layer pulak melanda ofis saya, hehe...saya? Follow je...hehe

Setelah sekian lama tak berbawal, hehe...

Gaya tudung uolls macam mana pulak?


Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments

  1. gorgeous la mel pakai shawl..su pun cuba2 pakai shawl..tp lilit2 ikut suka jgkla..mcm mel jgk..mcm2 variasi ade..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...mmg su, ikut suka je lilit ni, janji kemas

      Delete
  2. Kurusnya mel zmn muda2 dulu...cantik
    Teringin nk pskai shawl aje skrg tp dgn ank2 sue surrender skjp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kurus blk mcm dulu ni, hehehe...mmg sue, dgn budak2 ni mmg mencabar la nak pakai shawl...sue blh try pakai masa special occassion ke, mesti ramai yg perasan kelainan sue nnt ;)

      Delete
  3. Hehe. Lbhkurang la fesyen tudung kita. Cuma ai tak join tudung syria sgt dan terus melupakan tudung bawal lepas kenal shawl ��

    ReplyDelete
  4. dulu rajin lah nak berselendang berfesyen2 ni..
    skg ni dah tak ade mase da,,
    nak2 tgh prgnnt ni makin mals asenye..
    oakau tusung sarung je senang

    ReplyDelete

Post a Comment