Petua Untuk Menghilangkan Angin Pasang Bayi

Angin Pasang


Angin pasang atau hernia terjadi apabila kandungan dalam satu-satu ruang badan (biasanya abdomen) membonjol keluar dari kawasan yang biasa mereka berada. Kandungan ini biasanya adalah sebahagian usus atau tisu lemak abdomen yang dilapisi oleh lapisan nipis (membran) yang juga akan membentuk kantung hernia (hernia sac). Dipanggil sebagai angin pasang kerana sifat bonjolan itu ada masa dapat dilihat, adakalanya tidak. sumber: http://www.myhealth.gov.my/index.php/warga-emas/penyakit-biasa/hernia-angin-pasang



Petua tradisional untuk menghilangkan angin pasang pada bayi

  • Bagi bayi lelaki, ketika di dalam hari lagi, tuamkan bahagian bawah kemaluan dan perutnya dengan jintan hitam. Ini untuk mengelakkan bayi dari mendapat kembung dan penyakit pasang.
  • Gunakan daun sirih yang dilayur di atas tudung periuk dan sapu sedikit dengan minyak kelapa. Agak-agak suam, demah atau tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan sekitar kemaluan bayi (terutama bayi lelaki yang selalu diserang angin pasang).
  • Tuam dengan campuran lada hitam, biji sawi yang digoreng dalam kuali tanpa minyak. Bungkus dalam kain. Tuam sekitar perut, pusat, ari-ari dan sekitar kemaluan bayi. Lakukan setiap hari selepas mandi pada waktu pagi dan petang.
  • Pasir dicampur bersama halba dipanaskan di dalam periuk lebih kurang 1-2 minit. Masukkan ke dalam kain, di ikat seperti bunjut. Tuam perut bayi, dan juga telurnya secara menaik.
  • Celupkan daun sirih dalam air suam dan selawat. Tekap-tekapkan pada bahagian zakar. Seterusnya urut secara menurun dari pinggang ke tepi kelengkang bayi. Guna minyak bayi supaya bayi selesa.

Oleh itu, jangan abaikan amalan tuam bayi anda. Tuam selepas mandi bukan saja untuk elakkan kembung perut, malah boleh mengelak berlakunya angin pasang (yang selalu terjadi pada bayi lelaki) serta menghilangkannya. Worst case angin pasang ni boleh menyebabkan bayi anda perlu menjalani pembedahan (minor operation) untuk mengelakkan ianya menjadi bertambah teruk.


Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments