4 Fakta "Demam" Setiap Ibubapa Perlu Tahu


Sebagai ibubapa, bila anak demam je memang kita akan susah hati. Risau la kan...pelbagai kemungkinan boleh jadi. Tapi adakah kita tahu maksud "DEMAM" sebenarnya?


Fakta mengenai DEMAM


1. Demam bukanlah penyakit; ia adalah simptom

Apabila kanak-kanak dijangkiti virus atau bakteria, sistem imun badan mereka akan memberikan isyarat dengan menaikkan suhu badan, atau dikenali sebagai demam.

Demam adalah salah satu mekanisme pertahanan badan, dan ini menunjukkan badan mereka sedang melawan serangan virus atau bakteria tersebut.


2. Suhu badan yang tinggi bukan bermaksud anak sakit

Jangan panik jika kita dapati suhu badan mereka tidak menentu. Suhu badan boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor, bergantung kepada aktiviti mereka pada hari itu, faktor cuaca, dan baju yang mereka pakai juga memainkan peranan.

Suhu badan kanak-kanak yang normal adalah 36 darjah Celcius, tetapi jika ia mencecah 38 darjah ke atas, anda perlu membawa mereka berjumpa doktor.


3. Ubat demam boleh menghilangkan demam adalah mitos semata-mata

Ubat demam hanyalah untuk menghilangkan ketidakselesaan kanak-kanak ketika demam sahaja. Tidak semestinya apabila suhu mereka tinggi dari kebiasaan kita perlu terus berikan ubat demam.

Kebiasaannya suhu melebihi 39 darjah Celcius barulah anak-anak akan mula meragam dan berasa tidak selesa.

Demam akibat jangkitan virus atau bakteria biasanya hanya untuk beberapa hari sahaja. Walaupun ubat demam telah diberikan, selagi virus atau bakteria tersebut masih berada di dalam badan mereka, selagi itulah mereka akan demam. Setelah virus atau bakteria tersebut berjaya dihapuskan barulah suhu badan mereka akan kembali normal.

 

4. Rehat adalah rawatan yang terbaik

Pastikan anak-anak berada di dalam rumah, dan kurangkan aktiviti fizikal ketika mereka tidak sihat. Sentiasa berada di pangkuan mereka, agar mereka berasa selamat dan tenang. Berikan mereka air yang mencukupi, dan sentiasa basahkan badan mereka untuk menurunkan suhu badan.

Sesetengah ibubapa takut nak mandikan anak mereka yang demam, kerana kononnya anak mereka menggigil kesejukan. Sebenarnya dalaman badan mereka yang panas, dan suhu tersebut perlu diturunkan untuk mengelakkan risiko terkena sawan. Suhu yang melebihi 42 darjah Celcius boleh menyebabkan kerosakan otak.

Memadai juga lapkan badan mereka dengan air bersuhu sederhana jika mereka tak nak mandi.



Kesimpulan: Demam bagus untuk anak-anak, ini menunjukkan badan mereka berfungsi dengan baik dalam melawan jangkitan virus dan bakteria. Jangan panik ye...sentiasalah awasi dan monitor keadaan anak-anak ketika mereka demam, selalu check suhu mereka. Jika ada sesuatu yang meragukan, segeralah bawa berjumpa doktor.


Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments

  1. demam sekali sekala tu bagus utk tingkatkan antibodi bdn, but kene monitor suhu anak la ye.

    ReplyDelete

Post a Comment