Cara Memilih Collagen Yang Terbaik


Banyaknya supplement collagen yang ada di pasaran sekarang, membuatkan ramai yang terfikir mana satu yang betul-betul berkesan. Ada pulak yang hanya memilih berdasarkan harga semata-mata, mana yang murah itu yang dipilih. Ada yang tertarik pada collagen yang mendakwa ia dapat memberikan kesan dalam masa yang pantas, contoh dalam masa 3 hari dah nampak kesan. Fuyooo...sape tak berminat nak cuba kalau macam tu kan?

Beberapa kriteria perlu diambil kira dalam pemilihan collagen ini. Ambil masa untuk selidik dulu setiap jenis collagen yang ada di pasaran ketika ini. Tengok kandungannya, teliti dulu beberapa perkara.



Mana satu nak pilih ni?


1. Terdapat 2 sumber collagen iaitu marine derived collagen (sumber laut seperti ikan) dan bovine derived collagen (dari haiwan seperti lembu dan khinzir). Marine derived collagen adalah lebih berkesan kerana ia bertindak menghuraikan collagen untuk penyerapan 7 kali lebih baik berbanding dengan bovine derived collagen.
* berhati-hati ye dengan bovine derived collagen ni sebab kebanyakannya menggunakan collagen yang diekstrak dari kulit khinzir.

2. Saiz collagen memainkan peranan yang penting. Jisim molekul yang kecil akan mempercepatkan penyerapan ke dalam kulit, dan menjadikan ianya lebih berkesan dan efektif. Saiz yang paling sesuai adalah 1000 Dalton.
* jika terjumpa collagen yang bersaiz 500 Dalton adakah ianya lebih baik? Jawapannya adalah TIDAK kerana jisim molekul 500 Dalton adalah sudah tidak stabil.

3. Pilih collagen yang mengandungi emollient untuk kelembapan kulit, dan antioksida untuk kesan anti-penuaan yang baik.

4. Vitamin C menggalakkan penghasilan collagen dan bertindak menentang radikal bebas yang boleh merosakkan kulit, maka jika terdapat kandungan vitamin C di dalam collagen yang anda pilih adalah lebih baik.

5. Pastikan collagen tersebut mengandungi vitamin B yang turut serta dalam metabolisme karbohidrat, lemak, dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan collagen di dalam sel.

6. Jika anda memilih collagen yang diekstrak dari sumber marine, contohnya ikan, ia akan sedikit berbau, maka kebanyakan pengeluar akan mencampurkan dengan perasa, pewarna, dan gula. Ini adalah tidak bagus sebenarnya kerana dikuatiri kandungan gula yang tinggi akan menjejaskan kesihatan anda. Begitu juga dengan tambahan perasa dan pewarna. Sebaiknya pilihlah yang betul-betul asli, tanpa pewarna dan perasa tambahan.

7. Pilih collagen yang bahan-bahannya dapat menghasilkan asid hyaluronic, yang bertindak mengikat amaun air yang banyak, dan memainkan peranan yang penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lebih lembut, lembap, dan licin.

8. Selain untuk kulit, collagen yang baik juga perlulah mengandungi glucosamine yang dapat membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan penghidratan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

9. Dos collagen yang terbaik adalah yang tidak melebihi 5000mg sehari. Kalau overdose, lebihan collagen akan disingkirkan melalui urin. So rugi je kalau ambik collagen yang berlebihan.

10. Terakhir sekali semestinya harga. Collagen yang paling baik semestinya memerlukan kos yang paling tinggi untuk penghasilannya. Oleh itu teliti kandungan collagen tersebut, adakah berbaloi dengan harga yang dikenakan.

Dari 10 tips yang diberikan ini, saya harap anda dapat memilih supplement collagen yang terbaik, berbaloi dengan wang dikeluarkan. Saya dah ada pilihan saya, memang sangat berbaloi dan terbaik. Nak tau? Contact saya....hehe...


Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments