Resipi: Kek Coklat Kukus Yang Simple
Chocolate cake is one of my favorites!! Sedap and cepat je terliur bila teringat kek coklat, hehe...Nak cuba buat sendiri? Jom saya share resipi kek chocolate yang senang, tak perlu ada oven pun. Kita kukus je ye.
Bahan A:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
Bahan B:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
Bahan C:
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur
Cara membuatnya:
1. Ayak semua Bahan B terlebih dahulu.
2. Masukkan Bahan A ke dalam periuk, dan kacau sehingga sebati, dengan api yang kecil. Kemudian sejukkan.
3. Pukul telur sehingga kembang, kemudian tuang Bahan A bersama esen vanilla ke dalam telur tadi, sambil dikacau sehingga sebati.
4. Masukkan Bahan B, dan kacau lagi selama lebih kurang 5 minit.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang, dan tutup dengan aluminium foil, untuk mengelakkan wap air masuk ke dalam adunan ketika dikukus nanti.
6. Kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana.
7. Angkat, sejukkan, dan hidang.
Nak lagi sedap? Jom buat topping pulak. Ikut citarasa dan kreativiti masing-masing nak buat topping macam mana, saya buat yang simple je.
Bahan-bahan:
1/2 cawan serbuk koko
4 sudu besar susu cair
4 sudu besar susu pekat
2 sudu besar mentega
Cara membuatnya:
1. Campurkan kesemua bahan dan kacau sehingga cair dengan api yang kecil.
2. Jangan masak terlalu lama, untuk mengelakkan ianya menjadi terlalu pekat dan berketul.
3. Tuangkan di atas kek coklat yang telah sejuk.
Ni lah hasil yang saya buat masa hari raya hari tu, hehe...tak berapa cantik, tapi sedap okay!! Ahaks...
Selamat Mencuba!!
Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com
Sekadar gambar hiasan...gambar sebenar di penghujung entry ye, hehe... |
Kek Coklat Kukus

Topping Chocolate Cake
Bahan-bahan:
1/2 cawan serbuk koko
4 sudu besar susu cair
4 sudu besar susu pekat
2 sudu besar mentega
Cara membuatnya:
1. Campurkan kesemua bahan dan kacau sehingga cair dengan api yang kecil.
2. Jangan masak terlalu lama, untuk mengelakkan ianya menjadi terlalu pekat dan berketul.
3. Tuangkan di atas kek coklat yang telah sejuk.
Ni lah hasil yang saya buat masa hari raya hari tu, hehe...tak berapa cantik, tapi sedap okay!! Ahaks...
Selamat Mencuba!!
Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com
Emm..dapnye..
ReplyDeletemesti cuba ni..sedapnya...yummy
ReplyDelete