Vitamin C Shaklee Bestttt

Dari zaman bujang saya memang penggemar supplement vitamin C. Dulu beli kat farmasi je, mana kenal Shaklee masa tu. Takde nak teliti ingredient ke apa ke, main beli je. Untung orang zaman sekarang, banyak info-info berguna boleh kita dapat sebelum nak beli mana-mana supplement. So, gunakan lah sebaiknya ye, pilih supplement yang betul-betul bagus dan dapat memberikan kesan yang optimum kepada kita.


Bila baca flyer Shaklee masa mula-mula kenal Shaklee dulu, memang dah interested dengan vitamin C Shaklee. Macam best jek...nak try lah, tapi masa tu vitamin C Shaklee sold out, out of stock satu Malaysia. Memang lama jugak vitamin C ni out of stock. Hebat kan penangan Shaklee?

Dah dapat try, I'm fall in love with it!! Selalu tiap-tiap pagi saya akan bersin, macam ada resdung sikit-sikit, tapi tak teruk lah. Selsema pun selalu kena sejak dah ada anak ni, mungkin antibodi badan dah tak kuat. Sekarang, jarang dah selsema, bersin pagi-pagi pun dah takde. Kalau rasa nak selsema je, cepat-cepat makan vitamin C, esoknya terus tak jadi selsema. Alhamdulillah...

So, what so special about vitamin C Shaklee ni?


Sustained Release Vita-C Plus

Sustained release bermaksud perlepasan masa di mana vitamin C akan dilepaskan secara berperingkat atau perlahan-lahan selama 5 jam, iaitu 100mg vitamin C dilepaskan setiap jam, mengikut keperluan badan kita.

Kenapa perlu sustained release?

Vitamin C mudah musnah, bersifat larut air, dan tidak dapat disimpan lama dalam badan. Jadi teknologi sustained release ini membantu vitamin C untuk kekal lama dalam badan.

Satu tablet SR Vita-C Plus bersamaan dengan khasiat 7 1/2 biji buah oren

Kalau larat nak makan 7 1/2 biji buah oren sehari baguslah. Cuba kira kos 7 biji buah oren, dengan satu tablet Vita-C, mana lagi berbaloi? Harga runcit sebotol Vita-C Shaklee RM92.50, ada 180 tablet dalam satu botol. So lebih kurang 50 sen sahaja untuk satu tablet Vita-C, wah memang sangat berbaloi!

Vitamin C diekstrak dari kanji jagung

Kanji jagung merupakan sumber semulajadi vitamin C.

Citrus Bioflavanoid

Vita-C Shaklee turut mengandungi bioflavanoid yang memainkan peranan penting dalam membantu penyerapan vitamin C oleh badan.

Last sekali, semestinya semulajadi, tanpa pewarna dan perisa tambahan.

*ketika sakit bolehlah ambik 2 tablet sehari, 1 tablet = 500mg vitamin C, dan untuk penyembuhan yang lebih cepat patahkan dulu tablet Vita-C supaya kesemua 500mg vitamin C dapat dilepaskan serentak. Ini kerana ketika sakit, badan kita memerlukan vitamin C pada kadar yang lebih tinggi daripada biasa.

*dos vitamin C paling tinggi yang boleh diambil oleh dewasa >18thn adalah 2000mg sehari. Jika ambil lebih dari itu kemungkinan akan menyebabkan terjadinya batu karang, cirit-birit, mual, dan lain lagi.


Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments

Post a Comment