7 Habit Bahaya Selepas Makan

Jangan buat 7 perkara berikut selepas makan

Amalan-amalan selepas makan yang dah menjadi kebiasaan kepada kita sebenarnya boleh membahayakan kesihatan badan kita. Nak tahu apa dia? Jom semak!!


1. Merokok


Hasil eksperimen dari pakar menunjukkan merokok sebatang rokok selepas makan sama bahayanya dengan merokok 10 batang rokok --> lagi tinggi lah risiko kanser



2. Makan buah


Makan buah sejurus selepas makan akan menyebabkan ianya turut tersekat di dalam perut bersama dengan makanan yang lain, dan ini menyukarkan nutrien dari buah tersebut dapat diserap oleh badan. Bila tersekat di dalam perut, lama kelamaan ianya akan rosak dan turut merosakkan makanan lain yang berada di dalam perut kita.

Sebaiknya ikut sunnah Nabi, makan buah sebelum makan. Selepas makan pun boleh, tapi sejam selepasnya. Sebaiknya di awal pagi, ketika perut kosong. Waktu terbaik untuk khasiat dan nutrien dapat diserap oleh badan.



3. Minum teh


Daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Ini boleh menyebabkan protein di dalam makanan menjadi sukar untuk dicernakan. Sebaiknya minum teh sejam selepas makan.



4. Longgarkan tali pinggang


Hehe, amalan bahaya ni. Bukan apa, bila kita sampai di satu tahap melonggarkan tali pinggang atau butang seluar, itu dah menunjukkan kita dah terlebih makan. Dan kemungkinan untuk makan lagi adalah tinggi sebab perut kembali selesa selepas kita melonggarkan tali pinggang atau butang seluar.



5. Mandi


Orang cakap mandi lepas makan boleh sebabkan buncit. Sebab apa jadi buncit? Bila kita mandi, pengaliran darah ke tangan, kaki, dan badan akan meningkat, menyebabkan aliran darah di bahagian perut berkurang. So ini boleh melemahkan sistem pencernaan kita. Bila makanan kurang tercerna, sisa-sisa makanan berkumpul di usus yang menyebabkan buncit.



6. Berjalan


Berjalan sejurus selepas makan boleh menyebabkan refluks asid dan makanan kurang tercerna. Sebaiknya, tunggu setengah jam selepas makan, kerana hasil kajian mendapati ianya dapat membakar kalori.



7. Tidur


Makanan akan sukar dihadam dengan baik, lalu boleh menyebabkan gastrik dan jangkitan berlaku



Ada antaranya kita dah terbiasa buat kan...takpe, masih boleh diubah ;)


Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments

Post a Comment