Sepahnya Bag Saya...

Handbag dan perempuan memang tak boleh dipisahkan. Wajib bawak handbag ke mana-mana. Kalau boleh semua benda nak sumbat dalam tu, hehe...macam poket doraemon lah, macam-macam ada.

Saya seorang yang praktikal, tak suka bawak benda banyak sangat. Hanya yang betul-betul penting je saya akan bawak. Yelah kan, nanti berat sangat lah pulak, senget bahu nanti...haha.


Handbag ai...sepahnye, hehe

Tu lah dia handbag saya, sori ye sepah, hehe. Tak banyak barang pun kan, yang penting-penting je dalam tu. Nasib baik baru clearkan hari tu, kalau tak, sampah pun ada, ish ish ;)

  • Dompet/purse/wallet - Ni memang tersangatlah wajib. Yelah kan, nak isi duit, kad-kad penting dalam tu. IC dah terkeluar dari wallet saya dah, bukan apa, sekarang ni saya kerja sibuk di site, kem askar. So IC kena tinggal di guard house, so letak luar jelah, malas kan...hahaha
  • Beg mekap - haaaa....ni wajib jugak ni bagi perempuan, hehe. Saya bawak yang basic je, compact powder, lipstick, lipbalm, cc cream, eyeliner, dan blusher je. Letak dalam satu beg kecik, senang bawak ke surau, boleh touch-up sikit pas solat, hehe.
Beg mekap ai...
  • Kunci kereta - ofkos la kan, kalau tak, nak bawak kereta macam mana pulak, hehe
  • Pen - mesti ada jugak, senang nak tulis apa-apa nanti
  • Charger socket/cable charger - zaman smart phone sekarang ni, charger kena selalu bawak kemana-mana. Pantang nampak socket je, mesti nak charge handphone. Oh ye, cable charger dia dalam bag laptop pulak, selalunya dalam handbag jugak
  • GLA Complex - GLA memang standby dalam handbag saya, sebab saya ambik after lunch. So untuk elak lupa, simpan dalam handbag terus.

So, itu jelah yang ada dalam handbag saya, yang saya bawak setiap hari ke ofis. Tapi kalau keluar dengan anak-anak, kena tambah lagi lah, letak jugak pampers 2 helai, baby wipes, sapu tangan, dan jugak botol minum my girls. Lagi bertambah senget bahu, haha.

 
Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments