Rawat Rambut Gugur Dengan Telur
Ibu-ibu lepas bersalin selalu mengalami masalah rambut gugur yang banyak kan...bila sikat sedih je tgk banyak rambut bergulung kat sikat. Time mandi banyak je rambut gambur...stress kan. Terjumpa satu tips di internet untuk menggalakkan pertumbuhan rambut dengan menggunakan telur. Murah je kos rawatan ni...jom tengok.
Telur mengandungi banyak protein, yang dapat membantu memulih rambut rosak, dan menguatkan struktur rambut. Telur bagus digunakan sebagai perapi kepada rambut.
Selamat Mencuba!!
Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com
Telur mengandungi banyak protein, yang dapat membantu memulih rambut rosak, dan menguatkan struktur rambut. Telur bagus digunakan sebagai perapi kepada rambut.
Cara-cara Penyediaan
- Pecahkan sebiji telur ke dalam mangkuk, pastikan tiada serpihan kulit telur yang termasuk ke dalam mangkuk
- Tmbah 1 sudu besar minyak zaitun dan campurkan sehingga sebati
Cara-cara Penggunaan
- Cuci rambut dengan clarifying shampoo untuk menghilangkan sisa kotoran dan minyak pada kulit kepala
- Hilangkan segala lebihan air dari rambut tapi pastikan tidak dikeringkan sepenuhnya
- Sapu campuran telur tadi di setiap belahan rambut, jika rambut bercabang lebihkan di hujung rambut
- Tutup rambut dengan shower cap dan biarkan selama 10 - 20 minit
- Bilas rambut sehingga bersih, dan gunakan conditioner selama beberapa minit
- Basuh conditioner tadi dari rambut
Peringatan
- Jangan biarkan telur tadi lebih dari 20 minit kerana ia boleh menyebabkan rambut terlalu kering
- Hanya gunakan rawatan telur ini sekali dalam sebulan sahaja, penggunaan yang berlebihan boleh merosakkan rambut
Selamat Mencuba!!
Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com
Comments
Post a Comment