Tips Otak Awet Muda

Muka dah awet muda dah, umur dah 40 tahun tapi macam 30 tahun je. Cara-cara nak awet muda kita semua tahu dah. Tapi tahu tak yang otak kita pun nak jugak awet muda, ahaks. Ramai yang lupa bahawa otak juga perlukan nutrisi dan hendaklah dijaga dengan baik, sama macam kita jaga kesihatan badan kita.


Otak akan menjadi tua seiring dengan pertambahan usia kita. Otak yang tua akan menunjukkan sindrom-sindrom seperti nyanyuk, mudah lupa, lemah daya ingatan, sukar untuk fokus dan memberikan tumpuan, dan banyak lagi. Mari kita amalkan beberapa tips untuk otak yang kekal awet muda.

10 Tips Untuk Otak Kekal Cerdas

  1. Belajar bahasa baru - belajar bahasa asing dapat membina jalur baru di dalam otak
  2. Belajar bermain alat muzik
  3. Melancong - kurang bajet boleh melancong dalam negara je dulu. Di Malaysia pun banyak tempat-tempat menarik yang dapat membuka minda kita dan kita dapat belajar benda baru
  4. Melakukan aktiviti sukarela - berjumpa dengan orang baru, melakukan aktiviti bersama, juga bagus untuk kesihatan otak
  5. Hadapi cabaran hidup, bukan lari dari masalah
  6. Bersenam atau melakukan aktiviti fizikal
  7. Main game - banyak game yang mencabar minda yang boleh kita cuba
  8. Menyertai mana-mana kelas untuk meningkatkan kemahiran diri - kelas menjahit, melukis, kelas soft skill, banyak lagi lah kelas lain
  9. Mencuba teknologi baru - zaman berubah dan teknologi juga berubah, so kita kena sentiasa upgrade diri supaya sentiasa seiring dengan peredaran masa
  10. Pemakanan yang sihat dan pengambilan supplement juga penting - saya pilih Omega Guard Shaklee, minyak ikan yang mengandungi EPA & DHA yang pentinng untuk perkembangan otak ;)

Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments

  1. wah, berguna btl tips ni..otak pon kena laa looks young kan..hihi

    ReplyDelete
  2. No 3 kot plg sue suka...suka travel
    Omega pun x leh miss stp hari..

    ReplyDelete

Post a Comment