Meroyan, Pentingnya Penjagaan Makanan Ketika Berpantang

Baru hari ni kekmel nak cakap pasal baby mati dikelar ibu dia. Memang sangat-sangat tak sampai hati nak tengok gambar tu, nak ulas pun sedih.

First thing yang terlintas di fikiran bila dengar berita tu, mesti dia meroyan...huhu. Yes, meroyan atau gangguan perasaan yang dialami oleh ibu-ibu selepas bersalin.

meroyan

Mengandung dan bersalin bukan satu benda yang mudah. Perubahan hormon, kesakitan yang ditanggung dan proses menerima orang baru bukan senang tau. Masa dalam pantang lagi lah, betapa stressnya si ibu yang nak pulihkan badan dia, nak jaga baby baru lahir lagi, dan even ada yang terpaksa uruskan rumah pulak tu.


Ada 3 peringkat gangguan perasaan dari segi perubatan:


1. Postpartum blues - gangguan perasaan ringan. Ini keadaan yang biasa dialami oleh kebanyakan ibu selepas bersalin.

2. Postpartum depression - boleh terjadi jika peringkat pertama tadi tidak dibendung.

3. Postpartum psikosis - tahap paling teruk, gila meroyan, hilang kewarasan dan logik akal.


Jadi ibu-ibu yang dalam pantang memang perlu diberi penjagaan yang rapi, untuk pulihkan fizikal dan mental. Suami perlu mainkan peranan yang penting. Jangan lepas tangan 100% kat mak mertua untuk dijaga.

Nutrisi yang lengkap untuk ibu-ibu ketika berpantang jugak penting. Kita nak cepat pulih dari luka bersalin tapi kita berpantang makan teruk sangat. Setiap hari makan nasi kosong dengan ikan bilis je mana nak dapat nutrisi kak oiiii, nak susukan anak lagi.


Pemakanan Dalam Menangani Tekanan


Karbohidrat
Gula yang dibebaskan daripada karbohidrat yang dimakan akan membebaskan insulin. Insulin membantu sel untuk mendapatkan gula untuk membuat tenaga dan pada masa yang sama turut mengangkut asid amino triptofan yang memberi kesan kepada neurotransmitter dalam otak.
Jadi, masa pantang jangan terlampau kawal sangat makan. Nasi makan sekepal ke apa ke. Sebab kurang karbohidrat meningkatkan risiko tekanan perasaan. Tapi sebaiknya pilih karbohidrat yang rendah indeks glisemiknya. Nanti kena kencing manis, masalah lain pulak.

Protein
Protein terbina daripada 12 asid amino yang dihasilkan oleh badan sendiri dan 8 atau 9 asid amino yang mesti diambil dalam makanan. Dalam beberapa kajian - asid amino termasuk tryptophan, tirosin, phenylalanine dan methionine banyak membantu untuk kestabilan emosi.
Dan masalahnya, nak dapatkan 8 asid amino tu kena makan pelbagai jenis makanan.

Asid Lemak
Asid lemak omega-3 adalah asid lemak perlu yang mesti diambil dalam makanan.
Omega-3 bukan saja penting untuk perkembangan otak budak-budak tapi juga untuk perkembangan otak orang tua.
DHA adalah komponen utama dalam otak manusia.

Vitamin & Mineral
Vitamin yang penting untuk kestabilan emosi termasuklah vitamin B dan folate.
Mineral yang diperlukan termasuk calcium, magnesium, zat besi, chromium, iodin, lithium, selenium dan zink.


So kepada suami-suami di luar sana, sediakan lah keperluan yang cukup dan terbaik utk isteri-isteri anda. Kekmel boleh tolong suggest set supplement yang penting dari awal kehamilan sehinggalah berpantang.

meroyan


Buat anak pandai kannnnn, meh tolong jaga isteri dan anak tu


Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments