3 Lapisan Perlindungan Sistem Imun Badan

Hari ni nak cerita sikit ilmu yang dapat dari Health & Wellness Talk Shaklee bulan November tahun lepas di Bangi. Setiap bulan Shaklee ada buat free talk terbuka kepada sesiapa saja yang nak datang. Banyak sangat ilmu yang dikongsi oleh Nutritionist Shaklee, bukan ilmu produk sahaja malah lebih kepada ilmu tentang kesihatan secara umum. Macam tajuk bulan November hari tu Nutrisi Perlindungan Imun disampaikan oleh Nutritionist Sarah.

sistem imun badan

Tubuh kita dilindungi oleh sistem imun yang terdiri daripada 3 lapisan perlindungan.

Lapisan pertama - lapisan permukaan kulit kita iaitu lapisan silia pada salur pernafasan yang bertindak mengeluarkan  mukus apabila bertindakbalas dengan patogen. Kita juga akan batuk dan bersin untuk mengeluarkan patogen. Air liur bertindak sebagai antibiotik dan jus gastrik (ph 2-3) bertindak membunuh kuman dengan asid kuatnya.

Lapisan kedua - sel darah putih yang merembeskan bahan kimia untuk membunuh bakteria.

Lapisan ketiga - lapisan perlindungan spesifik. Apabila tubuh diserang antigen, tubuh akan mewujudkan respons imun yang mana tubuh kita mengeluarkan antibodi untuk melawan sesuatu penyakit ini. Ia dipanggil rintangan spesifik kerana antibodi yang dihasilkan adalah spesifik untuk antigen atau penyakit yang menyerang tubuh kita ketika itu.


Apabila imun badan kita rendah kita berpotensi tinggi untuk dijangkiti selesema, dijangkiti denggi, membentuk sel-sel abnormal (contohnya kanser) dan superbug (rintang terhadap antibiotik) mungkin akan terbentuk. Kalau kita sakit dan selesema, kita perlukan air masak yang sangat banyak. Kalau perasan, masa sakit kita kerap kencing, bersin dan berpeluh. Sebab tubuh badan kita sedang bertindakbalas untuk mengeluarkan virus melalui air kencing, peluh dan air hidung. So perlu minum air denga banyak untuk tampung keperluan air dalam badan.

Selain tu kita boleh ambil supplement untuk meningkatkan imunisasi tubuh kita. Nutrisi keperluan imun yang saya selalu cadangkan kepada customer adalah:

Vitamin C - antioksidan tinggi, meningkatkan kekebalan sistem imun tubuh

Garlic - membantu sel imun lebih cepat bertindak, memendekkan tempoh simptom dan membantu mempercepatkan proses penyembuhan. Bawang putih adalah antibiotik semulajadi. Cuba makan 1 labu bawang putih kalau mampu 😅😅

Nutriferon - membekalkan interferon yang memberi signal lebih jauh, supaya sel-sel imun dari organ-organ badan yang jauh turut sama membantu melawan penyakit. Lebih banyak sel imun maka lebih cepat sistem imun badan bertindak

Carotomax - carotenoid dalam carotomax adalah vitamin A berfungsi melindungi sel imun, membaiki kerosakan atau kecederaan sel imun


Jom buat immune booster drink yang diajar masa H&W Talk tu. Bahan-bahan yang diperlukan:

✔ Nutriferon
✔ Performance Drink
✔ Lemon juice
✔ Orange juice
✔ Daun pudina

Shake-shake je semua ni 😉

sistem imun badan

Kredit to FB Fatimah Azzahra Ismail



Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments