Keajaiban Amalan Tahajud Yang Tak Disangka-sangka

keajaiban tahajud

Pernah tak rasa keajaiban amalan yang kita buat? Tahu tak menjemput rezeki adalah lebih mudah dari mencari rezeki?

Saya selalu baca kisah kawan-kawan yang tiba-tiba dapat rezeki yang tak disangka-sangka, dapat apa yang dihajati berkat dari amalan-amalan mereka. Korang percaya tak?


Sila lah percaya. Betapa mudahnya menjemput rezeki hanya dari amalan-amalan kerohanian yang perlu kita lakukan dengan seikhlas hati.

Kena amalkan selalu...istiqamah. Mana tahu ada saat-saat yang kita berdoa tu time tu lah pintu langit terbuka dan doa kita diangkat tanpa hisab ke langit untuk dimakbulkan.

Antara pengalaman saya sendiri, yang paling saya ingat ~ KEAJAIBAN TAHAJUD

Ada seorang new customer bagi tahu nak beli vivix dari saya. Menjadi kebiasaan saya untuk hanya postkan barang apabila duit telah dimasukkan ke dalam akaun saya. Dari sehari ke sehari ke sehari dia tak bank in pun lagi. Macam-macam dalam fikiran saya time tu...dia tak jadi beli ke, dia dah beli dengan org lain ke. Dalam hati saya tawakal jelah, kalau memang ada rezeki saya ada lah.

Pada suatu malam tu, saya terjaga awal dan terus tergerak hati nak tahajud. Selesai tahajud, saya doa spesifik kan nama customer tersebut, mintak tergerakkan hati dia untuk teruskan niat nak beli vivix dari saya. Pagi tu masa saya otw ke ofis tiba-tiba dapat message dari dia, bagi tahu yang dia dah pun bank in kan duit untuk beli vivix, siap tunjuk slip bank. Ya Allah...tak terkatanya saya masa tu. Allah sangat baik pada hambanya yang hina ini...huhu 😣

So kena selalu bersangka baik dengan Allah...teruskan meminta dari Allah. Hanya Dia lah pemberi rezeki 😋

#tsunamishaklee #t21great46
#liveamazing #shakleeeffect




Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments