Jadikan Mimpi Suatu Realiti, Bukan Sekadar Angan-angan Mat Jenin



Mat Jenin seorang pemuda yatim piatu yang malas bekerja. Hidup dia agak daif. Mat Jenin hanya mengharapkan belas ihsan dari orang kampung sahaja. Makan minum pun dia harapkan orang bagi. Sebab dia tau, orang pasti akan kesian kan dia.

Setiap hari Mat Jenin akan duduk di warung kampung menunggu sesiapa untuk belanja dia makan. Orang kampung suka dengar Mat Jenin bercerita tentang angan-angannya.


Satu hari, tiada seorang pun yang nak belanja Mat Jenin makan. So dia ambik upah panjat pokok kelapa dari seorang nenek ni. Nenek ni janji nak bagi telur ayam untuk Mat Jenin peram.

Sambil dia panjat pokok kelapa tu, dia sempat berangan lagi. Kononnya bila telur tu dah menetas dan membiak dengan banyaknya, dia nak tukarkan dengan kambing. Bila kambing dah banyak, tukar pulak dengan lembu. Pastu dia berangan jadi kaya-raya, dan kahwin dengan puteri raja.

Ketika leka berangan, tiba-tiba seekor tupai telah mengejutkan dia. Mat Jenin terjatuh dari pokok kelapa yang tinggi tu dan akhirnya Mat Jenin pun mati.

*************************************************

Dalam angan-angan Mat Jenin tu ada matlamat untuk berjaya yang sangat jelas. Dia dah susun strategi dalam angan-angan dia tu, tapi sayangnya semua tu tak disusuli dengan usaha. Setiap hari dia cuma bercerita kepada orang tentang angan-angannya, tapi langsung tak buat apa-apa untuk capai apa yang dia angan-angan kan.

Berangan tak salah, dari angan-angan lah kita nampak apa yang kita impikan. Tapi perlu lah disusuli dengan tindakan untuk mencapai angan-angan kita. Jadikan mimpi kita suatu realiti.

Dalam Al Quran pun ada disebut ~ kita tidak akan berubah jadi lebih baik kalau kita sendiri tidak berusaha untuk mengubah diri kita.

Matlamat yang jelas, usaha yang kuat dan tawakal kepada Allah, insyaAllah kita pasti berjaya.

#tsunamishaklee #t21greatt26 #tsunamiG7
#liveamazing #shakleeeffect



Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments