Bagaimana Mencegah Osteoporosis Daripada Berlaku

Apa yang kita tahu tentang Osteoporosis?

mencegah osteoporosis

Osteoporosis adalah keadaan kemerosotan kepadatan normal tulang yang menyebabkan tulang menjadi rapuh.

Ia menyumbang kepada keadaan poros tulang dan menjadikan tulang seperti span dan rapuh dari dalam. Masalah yang berlaku pada tulang rangka ini melemahkannya dan menyebabkan risiko tulang retak atau patah semakin meningkat.


Tulang normal mengandungi protein, kolagen dan kalsium yang menjadikannya kuat.

Tulang belakang, pinggul dan pinggang adalah kawasan yang biasa mengalami retak tulang yang turut berkemungkinan berlaku pada tulang rangka lain.

1 daripada 2 orang wanita dan 1 daripada 5 orang lelaki berisiko menghidap osteoporosis ini.

mencegah osteoporosis

Wanita lebih cenderung mendapat Osteoporosis adalah disebabkan kita lebih banyak kehilangan kalsium sejak daripada proses kehamilan lagi.

Tulang adalah bank kalsium. Penyerapan kalsium kepada tulang bermula sejak bayi sehinggalah umur 30an. Selepas itu tulang tidak akan menyerap kalsium lagi.

Tulang akan menggunakan kalsium dari sumber makanan yang diambil untuk daily function. Kalau tak ambil dari makanan badan akan ambil kalsium dari tulang. Kalau badan ambil terlalu banyak kalsium dari tulang, tulang pun akan semakin kurang padat.

Apabila tulang kurang padat, risiko Osteoporosis sangatlah tinggi. Risiko mudah patah tulang pun sangat tinggi. Kita perlu mencegah osteoporosis daripada berlaku sedari awal lagi.


Tips Mencegah Osteoporosis


✔ Pastikan anda selalu menjaga berat badan agar tidak terlalu banyak berada di bawah tekanan.

✔ Latihan ringan seperti naik turun tangga, jalan santai dan jogging boleh membantu menjaga kepadatan tulang bahagian atas dan punggung.

Kalsium & Vitamin D sangat penting untuk tulang. Pastikan pengambilan kalsium secukupnya setiap hari. Kalsium berfungsi untuk menguatkan tulang sementara Vitamin D berfungsi untuk membantu penyerapan Kalsium dalam badan.


Kalsium & Vitamin D? Mana nak dapat ni? Paling mudah, ambik Ostematrix Shaklee yang sememangnya mengandungi Kalsium, Magnesium & Vitamin D

mencegah osteoporosis



Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments