Amalan Sedekah Penyembuh Penyakit


Mimpi doa seekor kucing


Ibu seorang pemuda dirawat di hospital, ibunya dirawat di ICU. Beberapa hari kemudian doktor berterus terang kepadanya. Keadaan ibunya tiada harapan sembuh dan boleh meninggal dunia bila-bila masa. Pemuda itu meninggalkan hospital dengan air muka yg sedih mengenang sakit ibunya.

Dalam perjalanan utk melawat ibunya sekali lagi, pemuda itu berhenti di stesen minyak. Sedang dia menunggu atendan mengisi minyak, pemuda itu terpandang seekor kucing dengan beberapa ekor anak berteduh dibawah kotak. Kucing itu kelihatan tak mampu berjalan. Dia termenung sejenak tertanya-tanya.

Siapakah yang akan bagi kucing itu makan dalam keadaan begitu, dan pemuda itu masuk ke kedai barangan dalam stesyen minyak lalu dibelikannya setin tuna. Dibukanya tin tuna itu utk diberi kepada kucing tadi dan meneruskan perjalanannya ke hospital.

Sebaik sahaja masuk ke bilik ICU, alangkah terperanjatnya dia apabila ibunya tiada di katil ICU itu dan tergamam sehingga jatuh benda yang dipegangnya. Dia bergegas lari utk bertanya kepada nurse bertugas,

"Di mana ibuku?"

Nurse itu berkata: Ibumu sudah beransur pulih dan kami pindahkannya ke wad biasa...

Pemuda itu terus mendapatkan ibunya, yang ketika itu dalam keadaan sudah sedar dari komanya. Dia bersalam dan mencium ibunya sambil bertanya apa terjadi.

Ibunya memberitahu ketika dalam keadaan tidak sedar di katil, ibunya melihat kucing dan anak-anaknya menadah tangan ke arah langit sambil berdoa memohon ibunya disembuhkan segera. Pemuda itu terkejut mendengar apa yg diceritakan ibunya.

Maha suci Allah Tuhan yang rahmatnya meliputi setiap sesuatu. Segala puji untuk Allah, sedekah jariah melepaskan kita daripada penderitaan, dengan izin Allah. Sembuhkan penyakitmu dengan melakukan sedekah. Itu hanya setin tuna.

Rasulullah SAW bersabda:

"Lindungi diri kamu daripada panas api neraka walaupun dengan separuh tamar"

Subhanallah...jadikan ini tindakan kami untuk menjadi seorang yang pemurah.


Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments