1 Muharam 1438H...Salam Maal Hijrah

maal hijrah


Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Maka Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.


UKHUWAH ISLAMIAH ASAS PENYATUAN UMMAH


Tema tahun ini yang dipilih adalah bertepatan dengan usaha kerajaan untuk menyatupadukan rakyat, hidup rukun dan harmoni serta penuh muhibah yang menjadi transformasi kepada kemakmuran negara Malaysia.
"Natijahnya ukhuwah Islamiah yang terbina berasaskan kepada iman dan taqwa akan menumbuhkan rasa persaudaraan, kasih sayang dan saling hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira status bangsa, agama dan fahaman politik."

Semoga tahun ini kita semua akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Buka buku baru dengan lebih banyak kebaikan...insyaAllah...



Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments