5 Kepercayaan Karut Memulakan Bisnes


tips bisnes


1. Perlu Keturunan Peniaga, Barulah Pandai Berniaga
Ramai yang berjaya dalam perniagaan hari ini TIADA latar belakang keluarga yang berniaga. Yang mempengaruhi adalah cara berfikir, emosi, cara berkomunikasi dan cara bertindak.


2. Untuk Berniaga Perlu Modal Kewangan Yang Banyak
Faktor kewangan adalah faktor yang ke-6 penting. Tetapi sebelum itu apa yang penting ialah modal insan. Ramai yang berjaya adalah mereka yang bermula bukannya dengan sumber kewangan, tetapi idea, ilmu, mentor, sistem, kuasa tindakan, impian ataupun perancangan dan lepas itu barulah sumber kewangan.

3. Untuk Berniaga, Perlu Dapat Bantuan Kerajaan
Ramai orang yang datang daripada luar yang menguasai ekonomi hari ini dan mereka tidak bergantung atau menunggu sokongan badan kerajaan atau subsidi kerajaan.

4. Ekonomi Sekarang Tidak Bagus Untuk Berniaga
Baguslah jika ekonomi tidak bagus. Inilah masanya serta peluang untuk membina perniagaan. Ramai mereka yang berjaya adalah mereka yang bertindak ketika ekonomi sedang gawat contohnya Tan Sri Tony Fenandes

5. Nasib Memang Dah Takdir Begini
Tuhan tidak akan merubah nasib kita sehingga kita merubah nasib kita sendiri. Kuasa bertindak dan kuasa merubah sesuatu adalah bermula daripada kita. Konsep D.U.I.T, iaitu Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakkal perlu diamalkan.

~DAO~

#cintaTuRBO8



Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments