12 Kebaikan Omega-3 Kepada Kesihatan

Asid lemak Omega-3 merupakan asid lemak penting dan diperlukan oleh tubuh badan kita. Terdapat banyak kajian saintifik yang membuktikan kebaikan Omega-3 kepada kesihatan manusia. Malangnya Omega-3 ini tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan manusia, dan perlu diambil dari sumber luar.

kebaikan omega-3 kepada kesihatan


12 Kebaikan Omega-3


1. Otak
Omega-3 merupakan makanan bagi otak kita. Hal ini telah terbukti secara kajian bahawa Omega-3 membantu perkembangan otak dan memori pada anak-anak dan orang dewasa. Kanak-kanak yang mengamalkan Omega-3 sebagai supplement mempunyai kemampuan membaca yang lebih baik. Omega-3 juga bermanfaat bagi kanak-kanak yang menderita disleksia, dyspraxia dan ADHD. Omega-3 juga dapat mencegah penyakit Alzheimer di kalangan orang dewasa.

2. Jantung
Kajian menunjukkan bahawa Omega-3 dapat mencegah penyakit jantung dan  penyakit lain yang berhubungan dengan jantung. Hal ini kerana Omega-3 mampu meningkatkan elasticity salur darah, menurunkan risiko degupan jantung yang abnormal dan juga tekanan darah tinggi.

3. Kolesterol
Omega-3 menurunkan kadar kolesterol yang tinggi. Kajian menunjukkan dengan mengamalkan ikan yang kaya dengan Omega-3 secara teratur terbukti mampu meningkatkan kolesterol baik dan menurunkan kadar trigliserida (lemak dalam darah).

4. Mata
Omega-3 juga sangat baik untuk kesihatan mata dan penglihatan secara umum, kerana Omega-3 merupakan komponen utama dari retina.

5. Depression/kemurungan
Omega-3 dapat membantu mengurangkan kemurungan. Terutama bagi orang-orang yang mengalami mild depression. Omega-3 meningkatkan keberkesanan ubatan dengan mempengaruhi otak dengan cara yang berbeza dari ubat antidepression. Jika menggabungkan Omega-3 dengan ubat antidepression, akan  mengurangkan depression dengan cara yang berbeza, menurut David Mischoulon, MD, seorang profesor psikiatri dari Harvard Medical School.

6. Pembekuan darah
Omega-3 dapat mengurangi risiko pembekuan darah. Omega-3 memiliki sifat antikoagulan yang mempengaruhi kemampuan platelet untuk membekukan darah, sehingga peredaran darah menjadi lebih lancar dan juga terhindar dari penyumbatan pembuluh darah yang boleh mengakibatkan stroke.

7. Wanita hamil
Omega-3 telah terbukti sangat penting dalam perkembangan kesihatan fizikal dan mental bayi .

8. Senggugut
Omega-3 dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid. Kedua jenis Omega-3 iaitu EPA dan DHA diyakini dapat mengurangkan peningkatan prostaglandin. Prostaglandin yang tinggi pada wanita ketika menstruasi membuatkan kontraksi rahim meningkat dan juga kekejangan otot.

9. Anti-inflamasi/antiradang
Omega-3 memiliki sifat anti-inflamasi/antiradang. Bermanfaat untuk masalah seperti asma, psoriasis, dan radang sendi dan usus.

10. Alergik
Mereka yang menderita pelbagai jenis alergik juga boleh menambahkan supplement Omega-3 ke dalam diet makanan mereka setiap hari.

11. Diabetes
Kajian menunjukkan Omega-3 dapat menurunkan trigliserida dan apoproteins, dan tidak ada kesan sampingan pada kawalan glisemik.

12. Penyerapan vitamin larut lemak
Omega-3 juga berperanan untuk meningkatkan penyerapan vitamin yang larut dalam lemak, seperti vitamin A, D, E dan K. Vitamin tersebut diperlukan oleh tubuh kita untuk melawan infeksi, menjaga kesihatan mata dan kulit, peredaran jantung, pembekuan darah dan tulang yang kuat.


Omega-3 boleh didapati daripada sumber-sumber berikut;

sumber omega-3


Selain itu, Omega-3 juga boleh didapati daripada pengambilan supplement minyak ikan. Lagi senang sebenarnya, sebab kadang-kadang cara penyediaan makanan telah menghancurkan zat-zat nutrisi yang terdapat dalam makanan tersebut. Tetapi perlu berhati-hati juga dalam memilih supplement minyak ikan yang sesuai.


Saya memilih OMEGA GUARD SHAKLEE

  • Dalam 1 kapsul minyak ikan omega guard Shaklee, ada 90% kandungan EPA & DHA.
  • Dihasilkan daripada ikan laut dalam yang berkualiti dan dijamin ketulenannya.
  • Bukan sebarang ikan, dan juga BUKAN minyak hati ikan tau. Memang tak sama tau...


Ingin dapatkan Omega Guard untuk anda sekeluarga? Hubungi saya segera. Bulan ni promosi Omega Guard tau ;)



Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments