Risiko Ambil Vitamin E!!!


Ambil vitamin E ni berbahaya ke? Apa risiko dia? Jangan panik...vitamin E ni memang diperlukan oleh badan kita. Seperti entry saya yang sebelum ni, banyak menceritakan tentang khasiat vitamin E kan. Tapi perlu diingat, ambil mengikut dos yang telah disarankan, kalau anda mengambil Vita-E Complex Shaklee, cuma sebiji sehari sudah mencukupi. Satu kapsul Vita-E Complex Shaklee mengandungi sebanyak 400IU vitamin E, bersamaan dengan 322.89mg. Jangan sebab terlalu obses nak cantik cepat, nak hilangkan parut cepat, nak dapat anak cepat, kita terlebih ambil pulak. Bahaya tau...

Risiko Mengambil Vitamin E Berlebihan
  • boleh mengganggu keupayaan badan dalam proses pembekuan darah
  • berisiko tinggi kepada mereka yang ada mengambil ubat pencair darah
  • boleh menyebabkan rasa pening, cirit-birit, kekejangan di bahagian perut, penat, sakit kepala, kabur penglihatan, ruam, lebam di badan, dan pendarahan

Lain-lain Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian
  • disebabkan vitamin E ni adalah vitamin larut lemak, oleh itu ianya lebih mudah diserap apabila diambil bersama makanan yang mengandungi sedikit lemak
  • vitamin E akan kurang keberkesanannya jika dibiarkan terdedah kepada udara, cahaya, dan suhu tinggi, maka ia perlu disimpan di tempat yang gelap dan dingin
  • individu yang mengambil aspirin atau ubat pencair darah, perlu mendapatkan nasihat doktor jika ingin turut mengambil vitamin E sebagai supplement
  • individu yang mengambil statins (ubat untuk merendahkan paras kolesterol), disarankan untuk tidak mengambil lebih daripada 800 IU vitamin E, kerana ia boleh mengganggu keberkesanan ubat tersebut
  • kesan yang bertentangan jika mengambil vitamin E bersama dengan ubat kemoterapi, atau minyak mineral
  • paras vitamin E akan terjejas apabila mengambil zinc, dan minyak ikan
  • pengambilan vitamin E yang berlebihan akan menyebabkan peningkatan keperluan vitamin K oleh badan, dan peningkatan pengambilan asid lemak omega-6 turut menyebabkan peningkatan keperluan vitamin E oleh badan
  • untuk ibu mengandung, tidak digalakkan untuk mengambil vitamin E dengan dos yang tinggi, sebaiknya dapatkan nasihat doktor, kerana dikhuatiri akan memberi kesan kepada janin
  • vitamin E boleh meningkatkan risiko pendarahan semasa, dan selepas pembedahan, oleh itu dinasihatkan untuk berhenti mengambil vitamin E bermula 2 minggu sebelum tarikh pembedahan
Nak beli Vita-E secara online? Senang saja, klik link di bawah, dan anda akan terus dapat membuat pembelian di website rasmi Shaklee. Mudah, pantas, dan selamat!!
Order Online - Vita E Complex Shaklee

Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments