Kebaikan Vitamin E Untuk Kesihatan


Vitamin E adalah vitamin larut lemak, di mana ianya tidak dapat dihasilkan oleh badan dengan sendirinya. Kita hanya boleh mendapatkan vitamin E melalui pemakanan atau supplement. Badan kita memerlukan vitamin E, oleh itu kita hendaklah memastikan badan kita mendapat bekalan vitamin E dengan secukupnya.

Vitamin E mengandungi 4 komponen utama iaitu alpha-tocopherol, beta-tocopherol, gamma-tocopherol, dan delta-tocopherol. Antara kebaikan vitamin E ini ialah;

Antioksidan yang hebat
  • Kebanyakan kebaikan vitamin E adalah daripada kualiti antioksidannya.
  • Bergabung dengan oksigen untuk menghapuskan radikal bebas.
  • Melindungi lemak politaktepu atau lemak baik, dan komponen sensitif yang lain seperti vitamin A dari dimusnahkan oleh tindakbalas pengoksidaan yang merosakkan.
Anti-radang
  • Kajian menunjukkan gamma-tocopherol yang terkandung di dalam vitamin E mempunyai kesan anti-radang yang boleh melawan arthritis, rheumatism, asthma, dan lain-lain penyakit yang disebabkan oleh keradangan yang kronik.
Penurun Kadar Kolesterol
  • Vitamin E mencegah kolesterol ditukar menjadi plak yang boleh menyempitkan saluran darah dan menyebabkan arteri tersumbat.
  • Dapat mengurangkan risiko strok dan serangan sakit jantung.

Pencegah Kanser
  • Kajian telah menunjukkan bahawa diet yang kaya dengan vitamin E boleh mengurangkan kebarangkalian mendapat kanser pundi kencing (kanser pembunuh utama yang ke-empat di kalangan lelaki) dengan hampir 50%.
  • Selain kandungan aplha-tocopherol yang boleh mencegah kanser pundi kencing ini, gabungan gamma- dan delta-tocopherol dapat mencegah kanser ini dari awal secara berkesan apabila sel-sel kanser ini terhapus dengan sendirinya, tanpa mengganggu sel-sel sihat di sekitarnya.
Pelindung Kulit
  • Vitamin E dapat melindungi kulit kita dari sinaran uv yang berbahaya, sekaligus dapat mengelakkan berlakunya kanser kulit, dan penuaan pramatang.
Penggalak Imunisasi
  • Vitamin E bertindakbalas baik dengan penghasilan b-cells, iaitu sel sistem imun, yang mengeluarkan antibodi untuk melawan bakteria.
Pengawal Hormon
  • Bertindakbalas dengan magnesium dan kalsium, vitamin E penting dalam pengawalan hormon badan. Elok untuk mengurangkan PMS, dan simptom pra-menopous.
Manfaat Lain
  • Vitamin E membantu menggalakkan kesihatan mata, kulit dan rambut.
  • Membantu di dalam "circulatory system" atau turut dikenali sebagai sistem kardiovaskular.
  • Vitamin E juga membantu penyerapan vitamin K oleh badan secara efisien.
Saya akan berkongsi perbezaan supplement vitamin E daripada Shaklee pula pada entry yang akan datang...Shaklee Difference... tungguuuu....

Sumber: http://vitamin.healthfoodxdrinks.com/health-benefits-vitamin-e/

Nak beli Vita-E secara online? Senang saja, klik link di bawah, dan anda akan terus dapat membuat pembelian di website rasmi Shaklee. Mudah, pantas, dan selamat!!
Order Online - Vita E Complex Shaklee

Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments