Pengalaman Berpantang Yang Mengerikan, Membuatkan Rasa Serik Nak Mengandung Lagi
Antara cabaran bagi para ibu adalah ketika berpantang selama 44 hari setelah melahirkan anak. Bagi wanita bekerja, mungkin peluang ini digunakan untuk berehat sepenuhnya selama 2 bulan. Boleh lupakan seketika urusan pejabat. Tapi sebenarnya tempoh berpantang ni adalah sangat perlu dititikberatkan oleh kita. Ia adalah proses pemulihan badan setelah badan mengalami perubahan hormon dan fizikal selama 9 bulan lamanya, dan mengalami proses kelahiran yang sangat mencabar.
Seperti Khadeejah, dia mengalami pengalaman berpantang yang sangat teruk selepas melahirkan anak pertama beliau. Mari kita saksikan apa yang menyebabkan beliau rasa serik...
Masalah Sembelit Ketika Berpantang
Sembelit atau kesukaran untuk membuang air besar memang menjadi masalah utama kebanyakan ibu berpantang seperti Khadeejah tadi, menyebabkan beliau serik untuk hamil lagi. Sebelum keluar hospital selepas bersalin, doktor ada membekalkan ubat sirap (lupa nama ubat tu, tapi manis sangat) untuk memudahkan proses pembuangan najis.
Nak minum air kosong dengan banyak pun ada sesetengah orang tua tak bagi pulak. Antara pantang-larang orang dulu-dulu ketika berpantang adalah tak boleh minum air kosong dengan banyak. Yang ni, memang susah nak ikut, hehe...
Boleh baca SINI untuk ketahui punca dan cara lain untuk mengatasi sembelit.
Amalan Utama Ketika Berpantang
- bengkung
- urut
- jamu
- bertungku
- mandi herba
Sekarang dah banyak di pasaran yang jual complete set peralatan ketika berpantang ni. Bengkung, ramuan herba, jamu, dan minyak urut, semuanya boleh kita dapatkan dengan mudah. Antara yang popular seperti Nona Roguy, Tanamera, Anugerah, dan banyak lagi.
Pemakanan ketika berpantang juga perlu dijaga. Bukan boleh sebarang makan seperti ketika mengandung. Masa mengandung mengidam macam-macam, asyik nak makan je kan, hehe. Antara resipi untuk ibu berpantang yang senang dan cepat disediakan boleh baca di SINI.
Pengambilan Supplement Yang Sesuai
1. Zat Besi, Asid Folik, B-Complex
Semasa proses kelahiran, kita kehilangan darah yg banyak. Oleh itu, pengambilan zat besi semasa dalam pantang adalah sangat penting bagi membantu pembentukan sel darah merah.
Vitamin b-complex dan asid folik juga dapat membantu pembentukan sel darah merah ini. Selain drpd itu b-complex juga dapat membantu pengawalan emosi, dan turut mengurangkan stress.
2. Vitamin C
Ibu-ibu di dalam pantang perlu mempunyai antibodi yg kuat, untuk mengelakkan diri drpd jatuh sakit. Kita perlu menjaga bayi yg baru lahir, menyusukan, dan menjaga diri sendiri. Oleh itu, adalah sangat penting untuk ibu-ibu di dalam pantang ini berada di dalam keadaan yg sihat.
Vitamin C diketahui berfungsi untuk memelihara kesihatan badan kita, baik untuk meningkatkan antibodi badan, mengelak jangkitan selsema dan demam.
3. Zinc
Proses penyembuhan luka adalah sangat penting ketika berpantang. Luka bersalin normal, dan juga bersalin secara cesarean perlu dijaga dengan teliti. Zaman dahulu, ikan haruan menjadi pilihan utk mempercepatkan proses penyembuhan luka ini.
Tetapi sekarang, bagi ibu-ibu yg bersalin secara cesarean telah dinasihatkan oleh pakar-pakar perubatan untuk tidak terlalu cepat mengambil ikan haruan kerana dikhuatiri akan menyebabkan lapisan-lapisan kulit bercantum dengan terlalu cepat, sedangkan luka itu sendiri belum pulih dgn sepenuhnya. Ada kes yg lagi teruk apabila rahim itu sendiri melekat dengan lapisan dalam kulit.
Pengambilan zinc boleh menggantikan fungsi ikan haruan, kerana zinc juga dapat membantu proses penyembuhan luka ini.
4. Kalsium
Setiap wanita dewasa memerlukan lebih kurang 1000mg kalsium setiap hari, untuk menampung kalsium yg hilang dari badan kita atas banyak faktor. Faktor kehilangan kalsium antaranya ialah ibu yg menyusukan anak mereka.
Oleh sebab itu penting untuk ibu yang berpantang mengambil kalsium di dalam diet seharian. Kekurangan kalsium akan menyebabkan gigi yang mudah patah, sakit sendi, kulit kering, kuku rapuh, kekejangan otot, dan masalah osteoporosis.
Rangkaian Set Berpantang Shaklee ini dapat membekalkan keperluan nutrisi lengkap untuk ibu berpantang. Pengalaman berpantang anda pastinya menjadi pengalaman yang sangat BEST!! Kekal bertenaga, luka cepat pulih, badan segar, dan bekalan susu badan yang banyak. Mesti tak serik dah nak tambah anak lagi, hehe...
Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com
Comments
Post a Comment