Anak Kena Chicken Pox, Apa Perlu Saya Buat?

Chicken pox, demam campak, pelentung, cacar air, adalah antara nama yang kita panggil bila ada biji-biji merah berair yang timbul di badan anak-anak kita especially. Ianya boleh berjangkit kepada mereka yang belum pernah mengalaminya. Ada ibu bapa yang sangat takut bila anak kena chicken pox. Sebenarnya, lagi bagus kalau anak kita kena chicken pox masa kecik sebab parut chicken pox ni lagi cepat pulih dan hilang. Tak perlu panik ye.

anak kena chicken pox


Zahra pun baru saja pulih daripada chicken pox minggu lepas. Banyak parut dah hilang, Alhamdulillah. Tinggal beberapa je lagi yang perlu dihilangkan. Kat muka pulak tu yang banyak, kurang kecomelan kejap, hehe...ini semua gara-gara dia tergaru kat bahagian situ. So parutnya lambat pulih.

Ok, so bila anak kena chicken pox, apa perlu kita buat?


Jumpa doktor

  • Bila kita dapati ada ruam-ruam yang besar dan berair di sekitar badan anak kita, segeralah bawak mereka berjumpa doktor. Sesetengah budak akan mula demam beberapa hari sebelum ruam-ruam tersebut mula kelihatan. Doktor akan kenalpasti adakah ianya memang chicken pox atau penyakit lain.

Cuti dan Kuarantin

  • Bila dah confirm chicken pox, mak atau ayah kena lah ambik cuti ye. Sebab anak kita tak dibenarkan untuk ke nurseri atau sekolah, untuk mengelakkan ianya merebak ke kanak-kanak yang lain. Lebih baik kita jaga dan rawat sendiri di rumah.

Petua Orang Dulu-dulu

  • Daun semambu (ada jual kat gerai-gerai kaum India yang jual bunga tu atau peralatan sembahyang mereka), letak bawah bantal dan lapik tidur anak kita untuk mengurangkan gatal dan elakkan mereka menggaru chicken pox tu.
  • Air kelapa muda. Diminum untuk sejukkan badan, buang semua kotoran dalam badan dan cepatkan chicken pox tu keluar.
* saya tak apply pun ni, hehe...sebab tak dapat nak cari


Rawatan Chicken Pox

  • Doktor akan bagi calamine lotion untuk disapukan pada bahagian badan yang terkena chicken pox, untuk mengurangkan gatal.
  • Selain tu ubat gatal dan ubat demam pun akan dibekalkan bersama.
  • Saya bagi Zahra makan ubat gatal je. Ubat demam memang saya elakkan. Alhamdulillah, Zahra hanya demam 2 hari saja, dengan bantuan Omega Guard, Chewable Vita-C, dan Vita-Lea for Children.
#drugfree
anak kena chicken pox


Mandi

  • Anak kita perlu mandi, jangan tak bagi mandi pulak. First, mandi untuk hilangkan panas dalam badan dia, dan untuk cuci kotoran dan kuman yang ada pada badan dia supaya cepat sembuh. Ada yang bagi petua mandi dengan air dettol.
  • Saya guna Basic H2 Shaklee, yang kandungannya 100% semulajadi tanpa bahan kimia iaitu kelapa dan jagung. Kesan dia? Chicken pox cepat kering...Alhamdulillah. Tak perlu risau nak cuci kawasan muka sebab takut termasuk mata, sebab memang tak pedihkan mata langsung. Kalau guna dettol mesti kena elakkan kawasan mata kan.
anak kena chicken pox


Hilangkan Parut

  • Chicken pox yang dah kering tetap perlu kita rawat untuk mengelakkan ianya menjadi parut kekal.
  • Sebelum tidur saya sapukan Multipurpose Cream Herbal Blend Shaklee, banyak chicken pox yang dah kering tu cepat baik dan langsung tidak meninggalkan parut. Selain tu Zahra pun kurang menggaru. Sekarang tinggal parut-parut degil akibat luka disebabkan tergaru.

Pantang-larang

  • Selain petua tadi, mak saya pun ada bagi pantang-larang bila anak kena chicken pox ni.
  • Jangan bagi anak kita terkena hujan. Sebab ia akan menyebabkan parut yang sukar dihilangkan.
  • Jangan bagi makan telur dan ayam untuk mengelakkan gatal dan parut lambat pulih.
  • Jangan bagi makan kicap untuk elakkan parut menjadi hitam.

Dalam masa seminggu, Zahra dah kembali ke sekolah. Mama still sapu herbal blend kat parut-parut degil kat muka Zahra tu. InsyaAllah...semoga cepat kembali comel, hehe...

anak kena chicken pox
Hari pertama Zahra kena chicken pox

anak kena chicken pox
Dah naik merah-merah di belakang badan

anak kena chicken pox
Hari ke-2 - makin banyak yang keluar

anak kena chicken pox
Hari ke-5 - Banyak yang dah kering

anak kena chicken pox
Gambar Hari Ke-12 - Parut dah banyak hilang, tinggal parut degil akibat luka digaru

Kalau orang dewasa yang terkena chicken pox ni, nak buat macam mana ye? Jom layan video kat bawah ni, macam mana akak ni rawat parut-parut chicken pox yang hodoh tu ;)



Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments