Resipi Sosej Roll Simple dan Cepat

Last week dalam kebuntuan pikir nak masak apa untuk breakfast, jenguk dapur tengok apa yang ada. Roti, sosej, telur. Hmmm….terus dapat idea nak buat sosej roll. Google internet ramai yang guna breadcrumbs. Takpelah, saya buat sosej roll simple dan cepat disediakan. Tak perlu breadcrumbs pun.

sosej roll simple


Bahan-bahan:


6 keping roti putih Gardenia
6 batang sosej/frankfurter ayam
2 biji telur
Garam secukup rasa

Cara-caranya:

  1. Rebus sosej terlebih dahulu.
  2. Lenyekkan roti jadi nipis guna rolling pin. Saya guna anak lesung batu, hehehe...
  3. Pukul telur, dan letakkan garam secukup rasa.
  4. Gulung sosej di atas roti yang telah dilenyekkan tadi. Boleh potongkan kepada dua bahagian jika suka makan kecik-kecik.
  5. Sapukan sedikit telur di bahagian hujung untuk melekatkannya.
  6. Panaskan pan atau kuali, sapukan sedikit butter atau minyak.
  7. Celup sosej roll tadi ke dalam telur yang telah dipukul, kemudian goreng sehingga perang keemasan.
  8. Siap untuk dimakan ;)


sosej roll simple

Senang kan? Tak sampai setengah jam dah siap. Sedap pun sedap. My girls loved it!!


Selamat mencuba!!


Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments

  1. sedap pulak tgk mel ptg2 ni..nak buatla jap lg..hehe..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...dah try tak? senang dan sedap kan? hehe

      Delete
  2. Sedap ni..heheh.tq.
    Jmput singgah blog saya ea.. dirawanhartawan.blogsport.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts