Misi Menghapuskan Jerawat

Entry kali ni saya nak kongsikan beberapa tips yang saya dapat dari internet, kawan-kawan, dan permerhatian sendiri. Yelah, bila muka naik jerawat saya memang geram. Dah lama muka saya tak berjerawat, tapi sejak akhir-akhir ni makin suka pulak jerawat naik. Stress okay....hehe...

First percubaan saya tukar set pencuci muka. Bertahun-tahun saya guna pencuci muka Olay, akhirnya saya tukar kepada set Enfuselle Shaklee khas untuk kulit berminyak. Mula-mula makin banyak jerawat naik, healing crisis la ni, tapi saya tetap teruskan kerana muka saya makin kurang berminyak selepas guna set Enfuselle ini. Krim pelembapnya cepat meresap ke dalam kulit, dan tidak menjadikan kulit kita berminyak.


Selain itu, saya bermasker pula. Saya cuba masker Vita-C Shaklee + Vita-E Complex Shaklee, dengan tujuan, vita-c untuk mengecutkan jerawat manakala vita-e untuk memudarkan parut jerawat. Caranya;
- guna 1/3 sahaja drpd tablet vita-c, pecahkan dalam piring
- 1 kapsul vita-e, dicucuk untuk keluarkan minyak dalam kapsul tersebut
- campurkan kedua-dua bahan ini dengan satu sudu teh air
- sapukan ke muka dan biarkan kering selama 20 - 30 minit
- bilas dengan air
Saya cuba masker vita-c + vita-e ini untuk 3 kali seminggu sebelum tidur, dan saya rasa jerawat saya makin teruk. Arghhh...tension nya. Kenapa org lain yg guna masker ni okay je saya tengok. Kemudian saya cuba masker ESP Shaklee pula...hmm misi untuk hapuskan jerawat tetap perlu diteruskan. Caranya ialah;
- satu sudu teh yogurt asli
- setengah sudu teh esp
- campur dan gaulkan kedua-dua bahan ini sehingga sebati
- sapukan ke muka dan biarkan kering selama 30 minit
- bilas dengan air
Saya amalkan untuk 3 kali seminggu juga, dan jerawat saya mengecut, kawan-kawan puji muka saya berseri-seri, tapi masalah lain yang timbul. Muka saya naik biji-biji halus macam jerawat nasi. Haish...sensitif betul muka saya ni. Saya cuba pula tambahkan vita-e dlm campuran masker esp tadi. Semakin teruk pula jerawat saya, adui...apa pula sebabnya kali ni. Saya google masalah jerawat di internet, dan saya jumpa penyelesaiannya. Rupa-rupanya, kulit yang berjerawat jangan dirawat dengan vitamin e kerana vitamin e ni berminyak dan minyak dari vitamin e akan menyebabkan jerawat menjadi semakin teruk. Vitamin e elok digunakan untuk menghilangkan parut setelah luka tersebut baik. Ooo...barulah saya tau.

So saya cuba masker vita-c sahaja, caranya sama mcm masker vita-c + vita-e tadi, tapi kali ni tanpa vita-e. Alhamdulillah, jerawat saya mengecut, dan kering, biji-biji halus pun semakin hilang. Fuh...leganya, so sekarang saya fokus untuk betul-betul menghapuskan jerawat dari muka. Setelah misi menghilangkan jerawat berjaya, barulah saya akan menggunakan vita-e untuk misi memudarkan dan menghilangkan parut hitam jerawat pula...hehe...

Tahap sensiviti kulit muka setiap individu tidak sama, oleh itu kita kena kenal kulit muka kita dulu sebelum mencuba rawatan-rawatan tertentu. Jangan terus salahkan produk bila tidak berkesan dengan kita. Tidak semestinya berkesan dengan A, berkesan dengan kita juga. Saya dah tahu apa yang berkesan dengan kulit muka saya...Alhamdulillah...

Ingin membeli supplement Shaklee secara online? Mudah saja, klik link di bawah, dan akan dapat membuat pembelian terus di website online rasmi Shaklee.
Order Online - Vita C Shaklee
Order Online - Vita E Complex Shaklee
Order Online - ESP Shaklee
Order Online - Enfuselle Normal-Oily
Order Online - Enfuselle Normal-Dry

Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments