Menjemput Rezeki Lebih Mudah Dari Mencari Rezeki

cara menjemput rezeki

🌸 Dhuha 
🌸 Tahajud 
🌸 Infaq 
🌸 Zikir

Semua ni jarang sangat-sangat saya buat dulu. Tahu tapi tak amalkan. Ala, sunat je kan...tak buat takpe. Sedekah pun sebulan sekali je bila dapat gaji. Dhuha apatah lagi nak buat selalu. Tahajud jauh sekali. Zikir lepas solat ada la buat kadang-kadang...huhu


Walaupun dulu lagi banyak masa terluang berbanding sekarang, tapi takde kesedaran nak kutip pahala banyak-banyak.

Saya sangat tak sangka, keputusan untuk join berbisnes Shaklee 3 tahun dulu telah membuatkan saya kenal dengan lebih mendalam amalan-amalan rohani ni. Baru saya tau, nak jemput rezeki datang kita kena tackle pemberi rezeki terlebih dahulu.

Para leader selalu tekankan tentang master checklist kalau nak berjaya dalam Shaklee. Saya ingatkan apa lah dia master checklist ni...rupa-rupanya penuh dengan amalan-amalan kerohanian untuk kita amalkan setiap hari.

Memang para leader pada permulaannya paksa kami semua untuk buat, tapi lama kelamaan dah jadi kebiasaan kami. Rasa tak lengkap kalau tak buat. Saling tolong ingat mengingatkan antara satu sama lain.

Tak bersedekah sehari rasa macam kedekutnya aku ni...tak dhuha rasa macam sombongnya aku ni kepada Maha Pemberi Rezeki...bila jarang dapat bangun tahajud rasa macam malu sangat...tak sentuh al-Quran rasa macam tak lengkap hari tu...

Tujuan buat semua ni bukan untuk Shaklee semata-mata, tapi sekaligus tanpa kita sedar dapat mengubah diri kita menjadi lebih baik. Ada yang ditimpa ujian bertalu-talu, itu tandanya Allah sayangkan kita, nak kita lebih mengingati Dia...nak tengok sejauh mana keikhlasan kita buat semua tu.

Bila ikhlas, besar ganjaran yang menanti 😊

Nak tau apa kesannya pada bisnes Shaklee kami? Join lah dulu grup kami ni 😉...seimbang dunia akhirat, InsyaAllah. Bukan takat rezeki dalam Shaklee je, malah rezeki datang tak disangka-sangka dari banyak sudut. Betapa mudahnya MENJEMPUT rezeki berbanding MENCARI rezeki

#tsunamishaklee #liveamazing #shakleeeffect
#cintaTuRBO72




Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments