Cara Bawa Kereta Masuk Thailand

cara bawa kereta masuk thailand
 
Last year one of my memorable holiday was the road trip to Hatyai, Thailand!! First time drive sendiri masuk ke negara orang. Interesting tau...hehe. So saya nak share dengan kawan-kawan semua, kalau ada sesiapa yang berhajat nak ber"roadtrip" jugak, cara bawa kereta masuk Thailand. Kena well prepared ye...

21 October 2016

🌸 Dari kampung (Kg Gajah, Perak) kami mulakan perjalanan. Masuk je highway PLUS arah utara, menghala ke Padang Besar, Perlis. Tapi kami bermalam dulu di Kuala Perlis, pagi esoknya baru mulakan perjalanan masuk Thailand melalui Padang Besar.

🌸 Sampai di R&R Gurun, boleh buat siap-siap insurans kereta untuk masuk ke Thailand. Ni wajib buat tau. Ada satu kaunter dalam stesen minyak Caltex di R&R situ, tanya je pekerja dalam tu. Perlu sediakan salinan geran kereta dan IC/Passport pemilik geran. Kalau korang sewa kereta, perlu ada surat kebenaran dari pemilik kereta. Berapa harga insurans tu saya lupa, soriiiii....tapi tak mahal pun. Tak sampai RM20.

cara bawa kereta masuk thailand

cara bawa kereta masuk thailand


22 October 2016

🌸 Dari Kuala Perlis kami teruskan ke Padang Besar. Shopping jersey dulu, hehe...pukul 10 pagi baru boleh masuk border Thailand. Jangan lupa isi tangki minyak penuh-penuh dulu sebelum masuk Thailand. Minyak sana mahal...hehe...dan tukar duit Baht jugak ye. Kalau nak on roaming sila buat awal-awal jugak. Nanti dah masuk Thailand dah lost connection nak guna waze 😅

cara bawa kereta masuk thailand

🌸 Make sure passport, salinan geran, dan insurans kereta tadi ada ye. Mula-mula kita akan melepasi imigresen dan kastam Malaysia. Kemudian baru akan masuk imigresen Thailand. Parking kereta, semua orang kena cop passport dulu kat kaunter. Sebelum tu ada white card kena isi, RM1 untuk sekeping white card. Ada orang Thailand yang menyediakan perkhidmatan menulis white card, dia caj RM1 untuk sekeping kad.

cara bawa kereta masuk thailand

🌸 Baris nak beratur ni agak panjang, sila bersabar...hehe...oo ye, jangan lupa selitkan juga duit RM1 dalam setiap passport, untuk memudahkan urusan.

cara bawa kereta masuk thailand

🌸 Siap je urusan passport, pemilik kereta kena ke kaunter satu lagi untuk urusan bawak kereta masuk pulak. Serahkan salinan geran dan insurans kereta tadi di kaunter ni. Snap gambar road tax kat cermin kereta siap-siap jugak ye. Pegawai tu nak sahkan dengan salinan geran kereta kita. Yang bawak geran asal yang original, tak perlu tunjuk gambar road tax.

cara bawa kereta masuk thailand

🌸 Yeayyy....dapat dah surat kebenaran bawak kereta masuk!! Lets go!!!

cara bawa kereta masuk thailand


Saya akan kongsikan pengalaman di Hatyai dalam entry akan datang k.


Make sure buat checklist awal-awal tau...

✔ Passport
✔ Geran asal/salinan geran kereta
✔ Surat kebenaran pemilik kereta (kalau bawa kereta sewa atau bukan kereta sendiri)
✔ Insurans kereta Thailand
✔ Gambar roadtax (untuk yang guna salinan geran kereta)
✔ Tukar duit Baht
✔ Isi minyak kereta full tank
✔ White card
✔ Duit kertas RM1 selit dalam passport

Ok,semoga panduan saya ni bermanfaat untuk kawan-kawan semua 😉


Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments

Popular Posts