5 Tips Shopping Dengan Anak-Anak

Shopping with kids should be fun!! Tapi tak nak lah sampai jadi kejadian yang tidak diingini. Macam-macam kes kita dah pernah dengar kan. Dan ibubapa perlu selalu alert bila bawa anak-anak bersama ketika membeli belah.


shopping dengan anak-anak

Saya pulak jarang dapat shopping barang sendiri bila bawak anak-anak. Paham-paham jelah, mata dorang melilau ke sana sini bila dah masuk shopping complex, haha...so kena utamakan dorang dulu lah.



5 tips ini untuk bantu ibu-ibu mengelakkan kemalangan atau perkara tak diingini berlaku kepada anak-anak kita.

 

1. Bila shopping barang dapur, letakkan anak-anak dalam troli. Boleh juga gunakan “kids body harness” untuk pastikan anak-anak sentiasa berada dekat dengan kita. Kalau baby boleh guna baby carrier.

2. Sediakan mainan, buku atau gadget untuk membuat mereka leka di dalam stroller atau troli. Pendekkan tempoh membeli belah secepat yang mungkin untuk elakkan mereka kebosanan. Atau boleh ajak mereka sama-sama untuk pilih barang. It will be fun!

3. Pastikan anak-anak kita tahu nombor telefon kita. Kalau anak terlalu kecil untuk ingat nombor telefon, kita boleh tulis nombor telefon pada sehelai kertas dan masukkan ke dalam poket mereka. Ini hanya sebagai langkah berjaga-jaga jika kita terlepas pandang ketika asyik membeli-belah. Kita juga patut melatih anak-anak mengingati nama mak dan ayah mereka.

4. Sentiasa pegang tangan anak-anak. Bila masuk ke dalam lif atau naik escalator, pastikan mereka bersama kita.

5. Kita sedia maklum bahawa anak-anak memang sangat aktif. Sebaiknya bawak mereka membeli belah di kawasan yang tidak sesak dan tidak terlalu ramai orang. Utamakan barang yang penting terlebih dahulu.


 

Ok, boleh try tips-tips ini dulu ye. Happy shopping!!

#cintaTuRBO28



Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments