Tiap hari letih...kenapa ye?

Bekerja sepanjang hari, ke sana ke mari demi tugasan kerja, yang duduk kat rumah pun boleh rasa letih jugak. Bila letih, apa yang kita buat, kita akan tidur kan sebab anggap tak cukup tidur punca keletihan. Sebenarnya banyak lagi penyebab kita boleh rasa letih, bukan setakat secara fizikal, malah letih secara mental. Jom semak!!

✔Skip exercise bila kita letih


Bila rasa letih, kita pun jadi tak semangat atau takde mood nak bersenam. Sebab nak simpan sisa-sisa tenaga yang ada. Sebenarnya, menurut kajian individu yang bersenam secara ringan selama 3 kali seminggu paling kurang 20 minit setiap sesi akan dapat membuatkan kita lebih bertenaga dan kurang letih selepas 6 minggu, jika dilakukan secara konsisten. So jangan skip bersenam, kalau letih sangat buat je senaman yang ringkas seperti berjalan santai atau gerakan anggota badan yang mudah.

✔Kurang minum air


Bila badan terdehidrasi - walaupun sedikit - ia akan menjejaskan paras tenaga kita. Dehidrasi boleh menyebabkan darah menjadi terlalu pekat sehingga jantung tidak dapat mengepam darah dengan efisien. Ini melambatkan oksigen dan nutrien bergerak menuju ke organ-organ penting dalam badan.

✔Kekurangan zat besi


Zat besi penting untuk pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi dalam badan menjadikan kita letih, kurang fokus, lemah, kerana kurang oksigen yang dapat dibekalkan kepada otot dan sel dalam badan. Tingkatkan pengambilan zat besi untuk mengurangkan risiko anemia, melalui pemakanan ataupun supplement zat besi. Untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, ia perlu diambil bersama dengan vitamin C.

✔Anda seorang yang "perfectionist"


Cuba untuk mendapatkan yang sempurna, terbaik dalam apa jua perkara - mustahil okay - menyebabkan kita akan bekerja terlalu keras dan lebih masa dari yang sepatutnya. Bak kata seorang professor psikologi di New York University School of Medicine, S. Levine, "You set goals that are so unrealistic that they are difficult or impossible to achieve, and in the end, there is no sense of self-satisfaction." Ada masa kita akan sedar bahawa masa lebih yang digunakan sebenarnya tidak memperbaiki mutu kerja kita pun. Kerja overtime sampai larut malam, sebenarnya akan membuatkan kita kurang fokus dan lebih banyak kesilapan yang kita akan lakukan.

✔Suka berfikiran negatif



Bila boss panggil kita, macam-macam benda negatif dalam fikiran kita kan, aku nak kena pecat ke ni? Salah apa pulak yang aku buat ni? Alamak, mati lah aku...boss panggil ni. Contoh lain, kita takut nak naik motor sebab takut accident, kena langgar lori lah, terbayang benda-benda ngeri lah, asyik fikir benda buruk akan berlaku. Perasaan takut atau "anxiety" ini sebenarnya hanya akan menyebabkan minda kita letih atau keletihan secara mental. Apa perlu kita lakukan, tarik nafas dalam-dalam, fikir perkara yang indah, kekal positif, dan berfikiran realistic. Berkongsilah perasaan takut kita itu dengan kawan-kawan agar kita berasa lebih lega, atau dapatkan nasihat pakar.

✔Tidak mengambil sarapan pagi


Setiap makanan yang kita ambil, akan digunakan oleh badan untuk membekalkan tenaga dan untuk fungsi badan yang lain. Makanan semasa dinner akan diproses ketika kita tidur untuk mengekalkan pengepaman darah dan oksigen. So bila bangun pagi, adalah amat penting untuk kita ambil sarapan. Skip breakfast, kita akan keletihan. Breakfast akan meningkatkan metabolisme badan, penting untuk permulaan hari yang bertenaga. Breakfast like a king, lunch like a queen, and dinner like a princess.

✔Suka makan junk food


Makanan ringan, junk food, dan ada yang panggil jajan, yang tinggi dengan kandungan gula dan karbohidratnya, mempunyai paras glisemik index yang tinggi. Lagi tinggi glisemik index menunjukkan lagi pantas karbohidrat akan meningkatkan paras gula dalam darah. Paras gula dalam darah yang naik mendadak, disusuli dengan penurunan kemudiannya, boleh menyebabkan keletihan selepas itu. Oleh itu, penting untuk kita memastikan paras gula dalam darah sentiasa berada di paras normal, dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.

✔Bersepahnya meja di pejabat


Hehe..macam meja saya. Kita akan menjadi kurang fokus, mental kita pun akan keletihan, dan akan menghadkan keupayaan otak untuk memproses maklumat apabila persekitaran kita yang tidak terurus, terutama sekali meja kerja kita. Pentingnya 5S diamalkan di pejabat kita. Bila otak tengah serabut, lepas tu tengok pulak meja kita yang bersepah, bertambah serabut la jadinya kan. Macamana tak letih jadinya. Sebelum balik kerja, kemaslah sikit meja kita tu, asingkan mana yang penting dan tidak penting, so esok pagi datang kerja sejuk sikit mata memandangkan. Lagi bagus kalau letak sikit perhiasan (jangan over lak) atas meja kita, gambar anak, dan juga tumbuhan hijau. Barulah semangat buat kerja.


Apa-apa pun, pastikan kita mendapat rehat dan tidur yang mencukupi. Jangan terlebih tidur pulak, hehe. Jaga pemakanan, ambil supplement, dan bersenam lah selalu.

Perlukan supplement? Pilihlah Shaklee, Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan, dan Sentiasa Mesra Alam!


Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments

Post a Comment