10 Tips Untuk "Age Gracefully"

Suka tak bila orang tanya berapa umur kita, dan terkejut tidak percaya bila kita bagi tahu umur sebenar kita? Contoh macam dialog di bawah...(tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati, hehe)...

"Umur kak mel berapa ye?
Hehe, tua dah...30 dah
Haaa??? 30??? Dah kahwin ke?
Dah, anak dua dah pun...hehe
Eeee...x macam 30 la kak...saya ingat kak mel muda lg, x kahwin lagi...huhu"

"Eh..Mel rupanya, ingatkan sape tadi...apsal ko makin nampak muda ni?
Aah la, kak mel makin nampak muda la..."

Agak-agak kita tersenyum gembira tak? Of course lah...malu pun ada gak...tersipu-sipu kan, hehe... Apa pun, syukur Alhamdulillah bila dah kena puji camtu...

Umur ni kadang-kadang boleh jadi isu sensitif, pada kaum wanita terutamanya. Sampaikan ada yang sanggup tipu umur lah, rahsiakan umur lah, macam-macam lagi lah. Sebab tak nak dikatakan tua. Tua itu pasti datang pada semua orang (jika dipanjangkan umur), tapi cara kita menghadapinya dan bersedia untuk menjadi tua itu yang lebih penting.

Bukan suruh hentikan penuaan, paksa badan untuk kekal muda, sanggup buat plastic surgery sebab tak nak muka berkedut, nak maintain badan bergetah, cucuk silicon, filler, etc...ishhh tak perlu semua tu. Tak perlu merosakkan badan pulak, nak mengubah ciptaan Tuhan.

Bak kata orang putih, let's age gracefully....Untuk penuaan yang sihat dan kekal kelihatan menawan, kita sedia maklum dengan apa yang perlu kita lakukan. Senaman, pemakanan seimbang, tidur yang mencukupi, jangan merokok, dan sebagainya perlu dilakukan. Penting untuk kita mulakan dari awal, ketika masih muda. Aging gracefully bukannya boleh dilakukan sekelip mata, ia perlukan tenaga, stamina, dan motivasi.


Di sini saya kongsikan 10 tips untuk tua dengan sihat, cantik, menawan, dan gorgeous...ahaks!

1. Senaman yang teratur

45 minit senaman aerobik, 3 ke 4 kali seminggu, dapat memelihara jantung, sambil menjaga bentuk badan, mood, dan kesihatan otak.

2. Mengamalkan diet Mediterranean

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak, serta gantikan minyak masak atau butter dengan minyak zaitun ketika masak.

3."Sin" less


Jangan merokok, dan jangan mengambil alkohol. Yang dah biasa merokok, boleh cuba untuk kurang-kurangkan ye.

4. Tidur


Tidur yang kurang daripada 6.5 jam boleh menyebabkan kita berisiko untuk mendapat masalah physical dan mental.

5. Jaga kesihatan mental
Ketika berada di pertengahan usia adalah masa yang baik untuk kita hapuskan segala masalah dan bebanan emosi yang boleh membuatkan kita stress.

6. Kawal tekanan darah
Tekanan darah tinggi di usia muda boleh menyebabkan masalah dementia (kehilangan keupayaan fungsi otak) di kemudian hari.

7. Makan vitamin dan supplement
Pengambilan vitamin dan supplement penting di dalam mengekalkan fungsi badan kita. Sebaiknya mendapatkan vitamin daripada sumber semulajadi. Pilihan saya? Shaklee lah...

8. Kekal berkawan
Mereka yang suka hidup bermasyarakat, berkawan, bersosial, didapati mempunyai tahap IQ yang lebih tinggi dan dapat mengurangkan risiko masalah dementia. (hasil kajian yang dijalankan)

9. Belajar benda baru setiap hari
Lagi kerap kita menguji keupayaan otak kita, lagi bagus otak kita dapat berfungsi. Belajar untuk melakukan sesuatu yang baru dan menyertai aktiviti-aktiviti yang tidak pernah dilakukan sebelum ini, asalkan ianya berfaedah dan tidak memudaratkan.

10. Cegah diabetes
Diabetes yang tidak terkawal boleh menipiskan cortex otak, lalu meninggikan risiko Alzheimer dan dementia.

Nak tunggu dah tua baru buat ke? No no no...start from now, masa kita masih muda. Jaga pemakanan, jaga kesihatan, insyaAllah kita dapat menghadapi masa tua dengan lebih tenang, dan lebih fokus untuk beribadat nanti.

Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments

  1. Setuju kena start from now, jgn dah tunggu tua baru nk buat. Sy sudah, anda pula bagaimana?

    ReplyDelete

Post a Comment