Senaman Untuk Perut Kempis

Situasi di airport pada satu hari yang hening...ketika di kaunter pemeriksaan untuk boarding....(tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang mati, hehe...)

Staf Airlines: Awak pregnant ke? Berapa bulan?
Lady Gorgeous: Eh, tak lah....
Lady Gorgeous: (dalam hati)...what the tutttt...ko tanya aku pregnant ke x?? perut aku cam org ngandung ke ni? Alaaa.....malunyeeee. Buncit sangat ke perut aku ni?

Waahhh...rasa-rasanya kalau jadi kat kita situasi di atas, apa perasaan kita ye? Malu? Stress? Terus hilang keyakinan diri? Masalah buncit ni memang masalah utama orang perempuan, kalau boleh nak flat tummy okay. Bila dah beranak pinak ni, lagilah susah nak kempiskan balik perut ni, huhu...sedih.

Tahu tak sesetengah orang yang kita nampak kurus, tapi sebenarnya dia pun ada masalah buncit. Bahagian lain boleh susut, tapi tang perut ni punya lah liat. Lemak tepu kut...hehe. Saya pun tengah berusaha untuk mengempiskan perut yang agak buncit ini, huhu...tak suka mak!! Hasil carian pakcik google dulu, saya terjumpa mengenai Plank Exercise Workout. Jom kita tengok...


Plank

Elbow Plank

Straight Arm Plank

My favorite workout!! Memang saya suka buat plank, sebab bagi saya ianya simple, tak perlu pergerakan yang banyak dan peralatan apa pun, dan boleh buat kat rumah je. Tapi, nampak je simple...rupa-rupanya sangatlah susah. Ye, memang betul-betul menguji ketahanan badan kita. Step paling basic dalam Plank Exercise Workout ni adalah seperti gambar di atas, elbow plank dan straight arm plank. Cuba bertahan dalam posisi tersebut untuk seberapa lama yang kita boleh. Untuk permulaan, jangan paksa diri untuk bertahan lama sangat, cuba dalam 20saat. Eleh, sekejapnya...macam sekejap je kan...hehe, cuba dulu baru tau lama ke tak lama 20 saat tu. Esoknya cuba pulak 30saat, pastu kita tambahlah perlahan-lahan. So tidak lah terkejut sangat badan kita nanti.



Boleh cuba ikut plan seperti jadual ni;


Plank bertindak ke seluruh badan, dengan lebih memberi tumpuan kepada otot bahagian atas badan (leher, bahu dan lengan atau biceps), tengah (dada dan abdomen), dan bawah (pinggul, paha dan betis). Dengan satu posisi senaman saja, kita dapat menguatkan dan mengencangkan otot di seluruh badan. Target saya semestinya bahagian abdomen, nak kempiskan perut ni, ahaks.

Paling lama saya pernah bertahan selama 60saat je. Tu pun dah menggigil dan bergegar badan menahan, lenguhnya jangan cakap lah. Rasa macam baru lepas lari pecut, jantung memang berdegup pantas. Sebelum ni saya tak konsisten pun buat plank ni, bila teringat baru buat, memang lambatlah nak nampak hasilnya. Tapi sekarang saya nak jadikan ianya aktiviti wajib setiap pagi atau sebelum tidur. Yes, you can do it Mel!!

Supplement untuk kurus tetap makan juga ye, untuk membantu pembakaran lemak, detoks, meningkatkan metabolisme badan, dan semestinya juga untuk membekalkan tenaga kepada kita. Biar kurus dengan sihat...Set Kurus Shaklee lah pilihan saya, boleh baca entry sebelum ni ye.

Happy Workout Ladies!!!


Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments

  1. Oo ni la plank, nmpak senang lg dr buat seat up. Buat seat up rs x terbangun kalo hubby x tlg. Boleh cuba plank la pula nnt.

    ReplyDelete

Post a Comment