Pray for Gaza

Salam 5 Syawal kepada semua...sedar tak sedar dah seminggu kita beraya. Mood raya semestinya tak hilang lagi, semua pun kebanyakannya masih kat kampung kan. Saya pun masih di Sabah, insyaAllah malam ni balik KL. Entry kali ni bukan pasal raya, tapi mengenai isu semasa dunia yang sedang hangat sekarang ni. Di kala kita semua bergembira, sebaliknya pula yang menimpa saudara seIslam kita di Gaza, Palestin. Ya Allah, berat sungguh mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tak sanggup nak tengok gambar-gambar mangsa, sangat menyayat hati. Anak-anak kecil yang menjadi sasaran tentera Zionis laknatullah, orang tua yang tidak berdaya, dan juga kaum wanita yang lemah. Isu ini dah jadi masalah sejagat, banyak negara yang dah mula membuka mata mereka, dan nampak apa sebenarnya yang terjadi di Gaza.


Pada mereka yang tidak tahu bagaimana terjadinya konflik di Gaza ni, boleh baca Kronologi Sejarah Konflik Peperangan di Gaza.

Sebagai saudara seIslam, menjadi tanggungjawab kita untuk membantu mereka. Tapi macam mana nak bantu? Nak kena berperang sama ke? Jihad bukan dengan cara berperang saja, banyak lagi cara yang boleh kita buat. Salah satu cara yang paling senang, kirimkan doa, mohon pada Allah. Selain itu, dengan menderma atau memberi bantuan kewangan kepada mereka. Di kala peperangan yang meletus ini, bantuan kewangan dan perubatan sangatlah diperlukan. Banyak badan-badan NGO di Malaysia yang secara sukarela sanggup menjadi perantara antara kita dengan mereka, antaranya Aman Palestin dan Aqsa Syarif. Banyak jugak individu yang tidak bertanggungjawab, yang cuba mengambil kesempatan, menangguk di air yang keruh. Jadi berhati-hati lah ye.

Saya memang mengikuti perkembangan terkini isu ini melalui Aman Palestin, Follow saja melalui Facebook, AmanPalestinOfficial, setiap masa ada update terkini tentang keadaan di sana. Jika ingin menyumbang bantuan kewangan, boleh layari website mereka, http://www.amanpalestin.net/. Jangan malu nak menyumbang walau sedikit, dengan alasan duit aku pun cukup-cukup makan je, macam mana nak derma. Dermalah seberapa banyak yang kita mampu, ikhlaskan hati, jangan ada rasa riak pulak pada yang terlebih mampu. Allah tak pandang pada berapa banyak yang kita sumbangkan. Percayalah, tak akan miskin mereka yang rajin bersedekah. Allah akan lebihkan rezeki kita lagi, InsyaAllah.



Boikot barangan Israel, dan mereka yang terlibat secara langsung dengan tentera Zionis pun antara jihad yang boleh kita lakukan. Senarai syarikat dan barang yang perlu diboikot pun ada tersebar di internet dan fb. Memang panas isu boikot memboikot ni tau, saya nak ulas dalam entry yang akan datang lah. Sebab apa panas, sebab Shaklee!! Jangan cepat melatah ye, wait for my next entry. InsyaAllah.

#prayforgaza


Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments

  1. Sesiapa yg mati tanpa ada niat utk jihad, takut2 mati dlm keadaan jahiliyah, naúzubillah... antara jihad yg boleh kita lakukan adalah dgn terus memboikot produk israel dan juga menyebarkan berita2 psl peristiwa gaza krn masih ada mereka yg di luar sana yg belum faham..smg amalan kita diterima Allah swt..

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah..sama2 kita diberi kekuatan untuk melakukan jihad yang kecil ini..
    walaupun tidak pergi berperang dengan senjata..kita masih boleh berperang dari sudut ekonominye..

    ReplyDelete

Post a Comment