GLA Untuk Lelaki...Untuk Apa?

Biasanya supplement GLA dikaitkan dengan kaum perempuan je. Boleh ke orang lelaki ambil GLA ni? Ada yang takut terlebih hormon perempuan pulak nanti, hehe...Tak lah, jangan risau. GLA boleh je diambil oleh lelaki, sebab banyak fungsi dan kebaikan GLA selain daripada untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah wanita.

Lelaki dan GLA

# Diabetes

Pengambilan GLA dapat mengurangkan simptom berkaitan dengan diabetic neuropathy, iaitu masalah saraf disebabkan oleh diabetes.

# Ekzema

GLA dapat membantu mengurangkan masalah kegatalan, kemerahan, disebabkan oleh ekzema dan alergik, serta masalah kulit yang lain.

# Masalah disebabkan ketagihan alkohol

Masalah kerosakan hati akibat pengambilan alkohol yang berlebihan dapat diatasi dengan GLA. GLA membantu membaiki fungsi hati, dengan memulihkan sel hati yang telah rosak. Supplement GLA sesuai diamalkan oleh mereka yang sedang menjalani program detoksifikasi, proses pemulihan daripada ketagihan alkohol.

# Arthritis

Lelaki yang menghidap rheumatoid arthritis boleh memanfaatkan fungsi anti-radang yang ada pada GLA. Hasil kajian menunjukkan perkembangan yang positif pada pesakit apabila mereka mengambil supplement yang mengandungi GLA bersama dengan minyak ikan.
Kesan penyakit rheumatoid arthritis

# Penyakit jantung

GLA berfungsi sebagai anti-penggumpalan yang dapat mengurangkan tekanan darah, melindungi daripada penyakit arteri koronari, dan mengelak serangan jantung. Pengambilan GLA setiap hari dapat merendahkan paras kolesterol, seterusnya mengurangkan risiko atherosclerosis.

# ADHD dan Chronic Fatigue Syndrome

GLA dapat membantu lelaki yang menghidap attention deficit/hyperactivity disorder (ADHD), dan chronic fatigue syndrome. Kajian medikal menunjukkan pengambilan GLA pada kanak-kanak hiperaktif berjaya memberikan perkembangan yang positif pada mereka, kerana mereka kekurangan asid lemak omega-6 dan 3 yang penting untuk perkembangan otak dan kelakuan mereka.

# Multiple Sclerosis

GLA merupakan asid lemak omega-6 yang dapat membantu mereka yang menghidap multiple sclerosis. Pengambilan GLA menunjukkan perkembangan yang positif pada fungsi genggaman tangan mereka. Selain itu, hasil kajian menunjukkan GLA juga dapat membantu mengurangkan tempoh penyakit ini berulang.

Sumber: http://www.livestrong.com/article/116289-male-benefits-evening-primrose/

GLA di dalam GLA Complex Shaklee diekstrak daripada borage oil, di mana kandungan GLA nya adalah tinggi iaitu sebanyak 20-24%. GLA di dalam evening primrose oil adalah cuma 8-10%. GLA Complex Shaklee pastinya dapat memberikan kesan yang lebih efektif. Tak percaya? Cubalah...


Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments

  1. Itulah istimewanya gla shaklee, wanita dan lelaki pun boleh consume kan ;)

    ReplyDelete

Post a Comment