Kenali Diabetes Dari Sudut Pandangan Seorang Pakar

Beberapa minggu yang lepas saya berpeluang menghadiri seminar "A Life Without Diabetes" oleh Dato' Dr Azizon Othman, Consultant Pathologist di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Seminar ni dianjurkan oleh group Euphoria Shaklee Master Norita.

Dato' Dr Azizon menerangkan mengenai penyakit diabetes agar kita dapat mengenali diabetes dari sudut pandangan seorang pakar perubatan, bukannya doktor google ye.



DIABETES
  • metabolic disorder
  • ibu segala penyakit
  • badan kita terdiri daripada berjuta sel dan perlukan tenaga untuk berfungsi. Jika sel tiada tenaga, sel akan mati.
  • setiap makanan yang kita makan akan bertukar menjadi gula (glukosa)
  • gula diserap masuk ke dalam darah melalui reseptor dan memerlukan insulin untuk membolehkan glukosa diserap ke dalam sel badan.

Apa itu insulin?
- hormon yang dihasilkan oleh sel pankreas
- dihasilkan dengan banyak selepas makan atau apabila paras glukosa dalam darah tinggi
- berfungsi untuk memudahkan glukosa memasuki sel hati dan otot untuk ditukarkan kepada tenaga

Type 1 (insulin-dependant)
- tak boleh menghasilkan insulin atau insulin kurang
- pankreas tak boleh menghasilkan insulin, so gula banyak dalam darah
- pesakit terpaksa mengambil suntikan insulin
- biasa terjadi pada kanak-kanak dan dewasa muda
- jangkitan kuman/virus yang menyebabkan imun serang pankreas (auto-immune)

Type 2 (noninsulin-dependant)
- insulin tak boleh masuk ke dalam sel
- badan tak dapat guna insulin, sel tak nak terima insulin
- kerintangan insulin
- so sel lama-lama akan mati sebab takde energy, akibat gula tak dapat masuk ke dalam sel
- 90% pesakit diabetes adalah type 2
- berisiko pada mereka yang obesiti, ada history family, tinggi kolesterol

Gestational Diabetes (GDM)
- terjadi pada wanita hamil 24-28wks


Simptom
  • dahaga dengan lebih kerap
  • kerap kencing terutama waktu malam
  • kurus (kecuali type 2)
  • mulut kering dan berbau
  • hilang berat badan (kecuali type 2)
  • kuat makan
  • selalu letih, fatigue, loya
  • luka lambat pulih
  • selalu kebas-kebas


Faktor risiko
  • family history
  • kurang bersenam
  • obesiti (BMI>25)
  • ada darah tinggi
  • stress yang berlebihan
  • pengambilan gula dan lemak yang berlebihan
  • kurang serat
  • peningkatan usia

Boleh buat abdominal check (ukuran pinggang),
Male >102cm
Female >88cm
* berisiko kena diabetes


Rawatan Type 1
  • suntikan insulin

Rawatan Type 2
  • kawalan diet
  • exercise
  • medication
  • insulin (jika diperlukan)


Komplikasi Awal:

Hipoglysemia
- glukos rendah dalam darah
- ambik insulin tapi tak makan
- terlebih exercise

Hiperglysemia
- glukos tinggi dalam darah
- tak ambik insulin tapi makan dengan terlalu banyak
- kurang exercise


Komplikasi pada buah pinggang
  • gula yang berlebihan akan merosakkan sel buah pinggang
  • menyebabkan protein terserap keluar ke dalam air kencing (buah pinggang bocor) → so kena buat dialisis


Komplikasi lain
  • gangrene (potong kaki)
  • stroke
  • katarak
  • buta
  • kerosakan saraf
  • mati pucuk                        


DIABETES PREVENTION 101

1. monitor blood pressure & cholesterol
2. manage BMI
3. exercise regularly
4. healthy diet & lifestyle


Bila anda disahkan menghidap diabetes, anda perlu lah meneruskan rawatan dari hospital. Makan ubat yang diberikan. Tak salah jika ingin mendapatkan rawatan alternatif, tapi jangan sesekali berhenti rawatan dari doktor.

Dato' Dr Azizon turut menyenaraikan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh pesakit diabetes dan jenis-jenis pemakanan yang sesuai. Bagi beliau, badan kita tetap memerlukan nutrisi yang lengkap dengan pengambilan supplement.

Jika anda ingin mengetahui supplement yang sesuai untuk pesakit diabetes, boleh contact saya 😉


Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments