Pengalamanku Terbang Bersama Rayani Air
Beberapa hari yang lepas kecoh di lama sosial mengenai penerbangan Rayani Air yang selalu delay sehinggakan ada flight yang cancel secara tiba-tiba setelah penumpang menunggu berjam-jam di airport. Aduhai....kesiannya. Saya pun ada pengalaman terbang bersama Rayani Air.
Bulan Februari yang lalu, saya menggunakan perkhidmatan Rayani Air untuk percutian saya sekeluarga ke Kota Kinabalu. Tertarik dengan promosi yang ditawarkan pada bulan Disember tahun lepas, RM99 sehala, tanpa berlengah lagi saya terus booked tiket untuk saya dan my girls. Pergi balik total RM675 sahaja. Sangat murah OK!!!
Pada hari berlepas ke Kota Kinabalu, flight sepatutnya berlepas jam 12.45 tengahari. Saya memang dah standby awal-awal di airport. Lebih kurang jam 1.15 ptg baru flight berlepas. Hampir setengah jam kami tunggu dalam kapal, berselfie la dulu dengan anak-anak, haha...
The worst part bagi saya, flight pulang ke KL. Sepatutnya pada jam 8.25 mlm, 23 Feb. Memang saya saja ambik flight malam, nak lama-lama di KK. Pada 22 Feb, saya terima satu SMS seperti di bawah;
Mula-mula ingatkan spam, kenapa pulak diawalkan ni. Awal 4 jam pulak tu, dari jam 8.25 mlm diawalkan ke jam 4ptg. Saya abaikan je sms tu. Tak lama lepas tu dapat emel pulak dari Rayani Air, huwaaaa....
Memang betul diawalkan rupanya, aduhhh...habis semua plan saya. Nak nangis rasa, memang hilang mood kejap. Nasib baik jugaklah saya bukannya datang KK atas urusan kerja. Cuba bayangkan mereka yang ada meeting penting ke, seminar ke, exam ke waktu tu, tiba-tiba flight diawalkan pulak, tak ke menyusahkan orang namanya.
Customer service Rayani Air call saya jugak untuk maklumkan pasal ni. Saya tanya dia, kalau saya memang tak boleh nak balik awal macam mana? Dia bagi beberapa option, tukar flight ke esok harinya atau mereka akan refund balik duit tiket. Hmm, nak tak nak saya balik jugaklah jam 4ptg...huhu...
Alhamdulillah flight jam 4ptg berlepas seperti dijadualkan. Takdelah hangat hati sangat kan, hehe...dan saya tetap bersangka baik, takde nak terus viralkan rasa tak puas hati. Bagi saya, Rayani Air masih baru beroperasi, semestinya ada kelemahan disini sana.
Saya tetap bersyukur saya selamat pergi dan kembali. Saya puji usaha Rayani Air dalam menerapkan unsur-unsur Islamik dalam penerbangan mereka. Bacaan doa sebelum berlepas dan flight attendance yang bertudung sewajarnya diamalkan syarikat penerbangan yang lain.
Kepada penumpang yang mengalami pengalaman yang lagi teruk daripada saya, saya turut bersimpati. Semoga pihak Rayani Air mengambil pengajaran daripada apa yang terjadi dan dapat menambahbaik mutu penerbangan syarikat mereka, serta berjaya mendapat kembali kepercayaan daripada orang ramai.
Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments
Post a Comment