Tips Penyusuan Di Bulan Puasa, Tak Perlu Ponteng Puasa Lagi

tips penyusuan di bulan puasa

Cabaran di bulan puasa buat ibu-ibu yang menyusukan anak mereka. Risau susu tak cukup, anak tak kenyang, diri sendiri keletihan dan tak berdaya untuk menyusukan anak, kerana berpuasa di siang hari.

Ramadhan bukanlah penghalang kepada para ibu sekalian untuk menunaikan tanggungjawab menyusukan anak masing-masing. Tetapi Islam sendiri tidak melarang kaum wanita yang menyusukan anak untuk tidak berpuasa jika dikhuatiri apabila berpuasa akan memudaratkan diri sendiri.

Sebolehnya, ramai ibu di luar sana tetap ingin meneruskan puasa dan pada masa yang sama ingin kekal bertenaga untuk menyusukan anak masing-masing. Mampukah kita? Percayalah, kita mampu sebenarnya. Ketahui tips penyusuan di bulan puasa yang ingin saya kongsikan ini.

tips penyusuan di bulan puasa

  • minum AIR SUAM secukupnya ketika bersahur dan berbuka. Boleh rujuk entry saya di SINI untuk cara-cara kita dapat minum air secukupnya ketika berpuasa.
  • patuhi jadual MENGEPAM, walaupun anda tidak bekerja, anda tetap perlu memperuntukkan masa untuk mengepam.
  • makan makanan TINGGI SERAT seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • KURMA dijadikan sebagai snek, banyakkan makan kurma ketika sahur dan di waktu malam.
  • lakukan "POWER PUMPING" seminggu sekali, iaitu teknik mengepam untuk meningkatkan penghasilan susu - pam payudara sebelah kanan selama 10 minit kemudian pam payudara sebelah kiri selama 10 minit, ulangi mengepam payudara sebelah kanan 10 minit dan ulangi berselang-seli antara payudara kanan dan kiri berterusan selama 1 jam.
  • TAWAKAL kepada Allah dan fikir POSITIF!! Yakin pada diri yang kita boleh lakukan.
  • jaga kesihatan badan, bekalkan dengan nutrisi secukupkan, amalkan supplement yang dapat membantu dalam penghasilan susu badan. Boleh klik SINI untuk senarai supplement yang boleh membantu anda.

InsyaAllah, susu ibu anda akan tetap meriah, bekalan susu anak anda tidak akan terputus sepanjang Ramadhan ini. All the best!!!


Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments

  1. Mindset kena kuat & berusaha betul2 kalau nak BF bulan puasa ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul dear...kalau awal2 dah rasa tak boleh, mmg tak boleh la jdnye

      Delete

Post a Comment