Apa Yang Boleh Dan Tidak Boleh Dilakukan Ibu Hamil, Agar Pertumbuhan Janin Tidak Terganggu
Keterujaan seorang wanita apabila disahkan hamil, tidak kiralah kandungan yang pertama ataupun bukan. Pasti kita akan persiapkan diri dengan segala ilmu kehamilan, tips-tips, petua-petua, dan banyak lagi perihal kandungan. Semestinya hanya yang terbaik untuk si kecil yang bakal lahir nanti.
Ingin saya kongsikan beberapa DOs and DONTs ketika mengandung. Ketahui apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan ibu hamil.
DOs and DONTs
DOs
- berjumpa doktor mengikut jadual ditetapkan, untuk pemantauan kandungan.
- mengambil asid folik setiap hari, 400mcg - 800 mcg/day. Penting untuk perkembangan janin yang normal.
- mengamalkan diet yang seimbang dalam pemakanan seharian.
- memastikan nutrisi yang lengkap diambil setiap hari. Supplement diambil sebagai langkah mencegah kekurangan nutrisi pada janin dan juga ibu. Klik SINI bagi senarai supplement yang bagus untuk kehamilan anda.
- minum air kosong secukupnya, sekurang-kurangnya 2L sehari.
DONTs
- jangan merokok, dan jauhi daripada persekitaran yang terdedah kepada asap rokok.
- mengelakkan diri daripada terdedah kepada bahan bertoksin dan bahan kimia berbahaya seperti pelarut pencuci, merkuri dan plumbum.
- tidak mengambil alkohol dan ubat-ubatan yang terlarang.
- elakkan berasa stress, samada kerana kerja, peribadi, dan masalah-masalah lain.
- tidak mandi dengan air yang bersuhu terlalu panas.
Selain daripada itu, terdapat beberapa surah al-Quran yang sangat bagus diamalkan ketika mengandung. Boleh klik SINI untuk ketahui surah-surah tersebut.
Semoga kehamilan anda menjadi satu pengalaman yang sangat bermakna dan tidak mungkin dilupakan. Ibu yang gembira, akan melahirkan anak yang sihat dan cerdas. Begitu juga sebaliknya, jika kita tertekan dan stress ketika hamil, dikhuatiri akan menjejaskan pertumbuhan bayi di dalam kandungan.
Rabbi yassir wa la tu'assir, rabbi tammim bil khair...
Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com
Comments
Post a Comment