5 Vitamin Untuk Kulit, DIY Rawatan Ala Spa


vitamin untuk kulit

Percaya tak jika saya katakan bahawa kita masih boleh mengembalikan keremajaan kulit walaupun umur kita semakin meningkat hanya dengan membekalkan tubuh badan kita dengan nutrisi dan vitamin yang secukupnya? Ada beberapa vitamin untuk kulit yang boleh kita amalkan.

Tak perlu membelanjakan wang yang banyak untuk krim-krim mahal yang belum tentu selamat pun. Lambakan kosmetik yang menjanjikan kesan yang cepat sangat membahayakan dan akan memberikan kesan negatif pada jangka masa panjang. Suntikan hormon, kolagen, botox, dan sebagainya adalah sangat merbahaya kerana kandungan bahan yang digunakan belum tentu disahkan selamat.


Kita boleh buat sendiri rawatan muka ala spa 5 bintang. Bukan artis je mampu tau. 5 vitamin untuk kulit, untuk jadi SUPER cantik:

1. Vitamin C: Agen Pengelupasan

Vitamin C bagus untuk sistem imunisasi badan kita. Tapi tahu tak bahawa vitamin C juga boleh menjadi agen pengelupasan yang sangat bagus dan efektif. Cuma perlu campurkan serbuk vitamin C (tablet vitamin C dihancurkan terlebih dahulu) dengan susu badam, kemudian disapukan ke seluruh muka. Bila dah mula rasa berdenyut-denyut sedikit, basuh muka dengan sedikit campuran air mawar. Lakukan 3-5 kali seminggu, dan anda pasti dapat rasakan perubahan tekstur kulit anda. Tapi jangan sapukan pada bahagian kulit yang luka kerana asid ascorbic boleh menyebabkan iritasi pada luka tersebut.


2. Vitamin E: Rawatan Anti-Kedut

Kedutan di muka merupakan salah satu tanda penuaan, terutama sekali garisan halus di kawasan mata. Vitamin E mampu mengurangkan kedutan tersebut. Keluarkan minyak vitamin E daripada kapsul vitamin E yang anda beli. Sapukan di bahagian kedutan atau garis halus di wajah anda sebelum tidur, pastikan wajah anda telah dibersihkan terlebih dahulu. Rasakan perubahannya apabila bangun tidur keesokan harinya. Amalkan selalu untuk kesan yang terbaik.


3. Asid lemak Omega-3: Masker Muka

Lemak membantu kita nampak cantik!! Percaya tak? Orang ingat lemak bikin gemuk kan? But actually, asid lemak omega-3 membantu mengurangkan keradangan, garis dan kedutan, serta mencegah pori tersumbat. Campurkan sedikit minyak asid lemak omega-3 dengan sedikit biji chia yang ditumbuk halus, yogurt organik dan flaxseed oil. Bahan-bahan ni digaulkan sehingga sebati, dan disapukan ke seluruh muka sebagai masker. Basuh dengan air suam selepas 15-20 minit. Lakukan sebelum tidur, dan pagi esoknya bila bangun tidur anda akan rasa kulit anda menjadi lebih lembut, segar dan lembap.


4. Zinc: Pelembap
 
Zink adalah nutrien yang sangat hebat. Kita selalu pandang remeh pada zink. Tapi sebenarnya zink sangat penting dalam kecantikan kulit. Ia membantu dalam merangsang pembaharuan sel, memberikan kesan kelegaan pada kulit, dan sangat hebat menghapuskan jerawat. Selain daripada mengamalkan supplement pil zink, anda juga boleh mendapatkan bekalan zink daripada ikan salmon, biji labu, dark chocolate, bawang putih, atau udang.


5. Vitamin B: Kesihatan Kulit Keseluruhan

Vitamin B merupakan asas kepada kesihatan kulit dan boleh dianggap sebagai skincare heroes. Kelembapan kulit, anti-penuaan, mengurangkan garisan halus dan kedutan di muka, melawan kerosakan akibat radikal bebas, mencegah pigmentasi, dan banyak lagi. Oleh kerana vitamin B adalah vitamin larut air dan mudah keluar daripada badan jika badan kita tidak menyerapnya, maka adalah penting untuk kita kerap menggantikan keperluan vitamin B oleh badan ini setiap hari. Boleh amalkan makan kepah, kupang, ketam, daging lembu, atau kambing untuk mendapatkan bekalan vitamin B, juga supplement B-complex.

vitamin untuk kulit


Rutin penjagaan wajah dengan menggunakan vitamin ni sangat bagus dan tak ternilai kesannya. Kita jaga kulit daripada dalaman, bekalkan nutrisi yang cukup untuk tubuh badan. Yang pasti ianya selamat. Tak perlu guna produk yang mahal yang kita sendiri kurang pasti apa bahan yang digunakan.

Anda pilih, kesan yang cepat tapi memudaratkan di kemudian hari, atau kesan yang lambat tetapi bagus untuk jangka masa panjang?

Kesan yang lambat kerana vitamin mengisi kekurangan nutrisi badan terlebih dahulu, repair dalaman, pulihkan sel-sel badan yang telah banyak rosak, akibat pemakanan yang tak terjaga, pencemaran persekitaran dan radikal-radikal bebas. Bila dalaman dah pulih, barulah terpancar secara luaran. Tak percaya? Cuba dulu...tak rugi pun cuba.

Nasib baik Shaklee memang ada senarai vitamin-vitamin di atas. Tak payah pening-pening nak cari di farmasi. Vitamin C kami ada Sustained Release Vita-C Plus, vitamin E pulak Vita-E Complex with Grape Seed Extract, asid lemak omega-3 daripada Omega Guard, untuk zink iaitu Zinc Complex, dan vitamin B ialah B-Complex with Folic Acid.

Mine is Always Safe, Always Works, Always Green ;)



Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments