5 Tips Kekal Cergas Untuk Suri Rumah

tips kekal cergas

Menjadi suri rumah bukan calang-calang kerja tau. Nampak macam senang je kan, duduk rumah je. Hellooo...duduk rumah bukan goyang kaki. Macam-macam kerja rumah kena buat. Masak, kemas rumah, basuh baju, sidai baju, lipat baju, jaga anak lagi...haaaa...larat ke nak buat ni? Bukan kerja office 8 jam, tapi lebih lagi tau, sampai ke malam. Semestinya penat para suri rumah ni. Ada tips kekal cergas tak?

Saya respek wanita yang memilih untuk menjadi suri rumah ni. Sanggup berhenti kerja, korbankan pengalaman dan pendidikan yang mereka ada, untuk kesejahteraan dan kebahagian keluarga. I hope I can be just like one of them.


Macam Master Lydzar (my Shaklee neni), dulunya seorang engineer, berkerjaya hebat. Sekarang memilih kerjaya sebagai suri rumah. Tengok macam mana Master Lydzar tangani masalah kesihatan beliau yang mengganggu beliau melakukan kerja rumah, sekaligus dapat tambat hati suami beliau. Barulah suami tambah sayang, ahaks.




Tugas suri rumah akan menjadi lebih seronok jika kena dengan gayanya. Bila badan lesu dan kurang sihat, buat apa pun tak best. Buat semua suri rumah di luar sana, mari amalkan 5 tips kekal cergas, agar kita dapat jadi suri rumah yang gojes dan hebat ;)

5 Tips Kekal Cergas


1. Sarapan yang berkhasiat - Ni wajib ambik, barulah bertenaga nak buat kerja rumah kan. Jangan skip breakfast.

tips kekal cergas


2. Rancang dan urus - plan dulu apa kerja nak kena buat hari tu. Kalau ada 10 task, pikir mana satu nak kena buat dulu. Baru lah tak kelam kabut atau stress. Buat jadual pun bagus jugak, so kita dah ada rutin harian yang lebih teratur.

tips kekal cergas


3. Minum air kosong secukupnya - Air memang sangat penting untuk badan kita. Macam-macam kebaikan yang kita boleh dapat. Badan lebih segar, kurang penat, dan metabolisme badan bertambah. Sekurang-kurangnya 2 L sehari tau...

tips kekal cergas


4. Masa untuk diri sendiri - Lakukan apa yang kita suka. Ambik satu slot, sejam atau 2 jam untuk buat aktiviti kegemaran kita. Contoh: Menonton tv atau drama bersiri kesukaan, melayari internet, main game, membaca, atau tidur untuk seketika. So tak lah kita rasa tertekan asyik buat kerja je kan.

tips kekal cergas


5. Tidur yang secukupnya - Mereka yang tidak mendapat tidur yang cukup, anda tidak akan menjadi produktif, kreatif atau berdaya tahan dalam jangka panjang. Badan dan minda perlu berehat untuk menenangkan fikiran. Cuba dapatkan 7-8 jam tidur semalaman. Tidur yang cukup adalah tidur dari pukul 10 malam dan bangun kira-kira jam 5 pagi.

tips kekal cergas


Jom jadi suri rumah yang hebat!!! Buat anak dan suami kagum dengan kita ;)


Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments

  1. Replies
    1. Betul tu...ramai yg ssh nk dptkan tidur yg ckup...at least jgn tidur lewat mlm sgt lah kan, sbb esoknya nak kena bangun awal, huhu

      Delete

Post a Comment