Rasa Badan Sihat Tapi Sakit, Suami Hampir Lumpuh

rasa badan sihat tapi sakit

Saya akui orang lelaki memang susah nak makan ubat apatah lagi vitamin. Mereka rasa mereka dah cukup kuat, setakat sakit sikit-sikit tu boleh tahan lagi lah. Tengoklah betapa macho nya mereka sampai time hujan pun tak nak pakai payung. Rasa badan sihat tapi sakit sebenarnya. Kita pulak yang risaukan kesihatan mereka. Sanggup bawakkan ubat atau vitamin bagi mereka makan, kalau perlu suapkan lagi, hehe...

Jom tengok video bawah ni, akibat perasan gagah...nyaris lumpuh tau...



Kita rasa diri kita sihat, tapi kita tak sedar kalau diri kita ada penyakit kronik ke tak. Sebab apa? Sebab penyakit-penyakit kronik ni hanya menampakkan tanda bila ia dah di peringkat yang serius. Macam kanser atau tumor otak. Awalnya hanya sakit kepala biasa atau migrain. Bila dah selalu pitam atau pengsan, buat ct scan baru tahu dah ada ketumbuhan membesar dalam otak kita.

Macam mana nak cegah semua ni?

8 Tips Dari Pakar


1. Tidur yang cukup

2. Bersenam at least 3x seminggu. Sekurang-kurangnya 20 minit setiap sesi

3. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran

4. Minum air kosong dengan banyak, di mana setiap 25kg berat badan perlukan 1 liter air untuk fungsi tubuh

5. Elakkan merokok

6. Kurangkan tekanan/stress

7. Sentiasa berfikiran positif

8. Amalkan pemakanan yang seimbang

Boleh ikut tak semua tips tu? Yang merokok mesti rasa susahkan nak berhenti? Tapi tips yang ke-8 adalah tips yang sebenarnya sukar untuk diamalkan. Kenapa?

Zaman sekarang ni zaman semuanya nak cepat. Sampai makanan pun nak cepat jugak. Tu yang ada fast food, makanan microwave, makanan yang diawet supaya tahan lama. Ini semua mengandungi banyak pengawet, perisa tambahan dan pewarna yang merupakan bahan-bahan kimia asing dengan badan kita.

Kualiti bahan-bahan segar dicemari produk GMO. Kebanyakan bahan-bahan segar kita termasuklah lauk pauk mahupun sayuran dan buahan adalah produk-produk GMO yang diubah suai genetiknya atau dicucuk hormon supaya cepat besar, cepat masak, daging lebih, dan dapat dihasilkan dalam kuantiti yang banyak dalam masa yang singkat. Ini semua untuk menampung keperluan orang ramai.

Kualiti bahan segar yang tercemar dengan bahan-bahan kimia. Disebabkan penghasilannya untuk menampung keperluan ramai, bagi memanjangkan tempoh masa ada bahan segar tertentu yang disembur dengan bahan kimia supaya lambat masak. Ada juga yang dituai sebelum masak dan bila sampai ke destinasi akhir, ia disembur bahan kimia supaya mula masak. Jadi ini semua akhirnya akan masuk dalam badan kita.

Cara penyediaan makanan. Bahan-bahan segar kita sememangnya sudah kurang khasiat dan ditambah lagi dengan cara penyediaan makanan kita seperti masak terlalu lama, masak atas suhu yang tinggi, akhirnya khasiat banyak yang rosak. Jadi memang kita makan, tapi khasiat yang dapat sangat kurang.

Sebab itu sekarang dah ada bahan-bahan segar organik. Sayuran dan buahan yang ditanam secara organik dan haiwan yang diternak secara organik insyaAllah bebas dari bahan kimia, racun, dan hormon pembesaran. Tetapi penjagaan rapi diperlukan, maka harganya juga jauh lagi mahal dari bahan segar biasa.

Taraf hidup yang meningkat membuatkan kita terpaksa menimbang tara kan. Maka sebab itu, kebanyakan keluarga tidak mampu untuk mendapat khasiat yang cukup dari pemakanan harian. Kesannya mungkin bukan sekarang. Tapi kita akan tua sebelum usia dan penyakit yang dulu lazimnya sinonim dengan orang tua kini mula menular di kalangan orang muda.

Credit to http://www.lifefit.my/tips-hidup-sihat/

Apa yang perlu kita buat?


Bagi yang berkemampuan, beli je bahan-bahan organik. Tapi cara masak tu confirm ke selamat? Untuk menampung kekurangan khasiat dari segi pemakanan saya, saya amalkan supplement. Pengambilan vitamin untuk kuatkan balik badan saya dengan nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat.

Dengan izin Allah, insyaAllah...kita wajib berusaha. Nak tahu pemilihan supplement yang bagus? Cepat-cepat contact saya. Saya sedia membantu ;)


Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments