Manfaat Limau Nipis

Limau nipis memang sedap dijadikan jus. Minum time cuaca panas, sejuk tekak sikit kan. Teh o ais limau, limau ais, limau asam boi, memang antara favorite air yang diorder di kedai-kedai makan. Best!!


Selain khasiat limau nipis untuk mereka yang ingin kurus, limau nipis pun banyak manfaatnya yang lain. Kos rawatan pun sangat murah!! Antara manfaat limau nipis adalah untuk kesihatan rambut dan kecantikan wajah.


RAMBUT

  • mengatasi rambut gugur - sebiji limau nipis dan perah untuk mendapatkan airnya. Air tersebut disapu pada kulit kepala dan biarkan semalaman. Bagi hasil yang lebih cepat, lakukan setiap hari.
  • menghilangkan kelemumur - gunakan air limau nipis dan sapukan pada rambut dan kulit kepala. Biarkan selama 20 - 30 minit, kemudian dibilas.

WAJAH

  • menghilangkan jerawat - campurkan satu sudu air perahan limau nipis dengan satu sudu madu, gaulkan sehingga sebati. Kemudian sapukan pada wajah selama 30 minit atau sehingga kering. Bilas dengan air sejuk.
  • menghilangkan bintik hitam - potongkan limau nipis menjadi dua bahagian dan gosokkan pada wajah secara lembut dan perlahan-lahan. Biarkan ia kering sebelum dibasuh dengan air suam. Selepas itu bilas muka dengan air sejuk pula. Pastikan jangan disapu limau nipis pada bahagian kulit yang luka akibat jerawat kerana ia boleh menimbulkan rasa pedih.
  • mengecilkan pori-pori - potong limau secara nipis dan sapukan pada sekitar hidung dan pipi serta bahagian-bahagian yang berpori besar.
  • menghalus dan mencerahkan kulit - potong limau secara nipis dan sapukan pada bahagian kulit yang gelap dan kusam. Amalkan setiap hari.

LAIN-LAIN

  • menghilangkan bau ketiak - campur air perahan limau nipis bersama sedikit kapur sirih dan gosokkan di celah ketiak. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan 2 kali sehari dan anda pasti dapat rasakan perubahannya.
  • membersih dan mencantikkan kuku - gunakan air perahan limau nipis dan gosokkan pada kuku.
  • melegakan ketegangan - campur perahan air limau nipis dengan sedikit air. Gosokkan pada bahagian tubuh yang dirasakan tegang.



Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments