Resipi Lempeng Tanpa Telur Senang Dan Cepat

Assalamualaikum wbt...



Pagi ni bukak peti ais tengok telur dah habis. Anak-anak request nak makan lempeng pulak. Resipi yang biasa kekmel buat ada telur. Boleh tengok link ni,
Resipi Lempeng Simple Kosong Tapi Sedap

So kekmel try lah google resipi lempeng tanpa telur, dan jumpa satu resipi yang simple (resipi asal http://hanyasekadarhobi.blogspot.my/2013/01/lempeng-lembut-dan-tak-liat.html?m=1). So kekmel pun modify la sikit ikut citarasa sendiri.

Bahan-bahan:
1. 4 cawan tepung
2. 4 cawan air
3. 8 sudu besar minyak
4. 3 sudu teh gula
5. 1-2 sudu teh garam

Cara-cara:
1. Blend semua bahan-bahan dalam blender sampai sebati.
2. Panaskan pan, tuang sikit adunan macam dalam gambar bawah ni. Tak letak planta atau minyak atas pan pun takpe, sebab adunan tu dah ada minyak.


3. Masak bahagian bawah je, tak payah terbalikkan.
4. Lepas angkat tunggu dia sejuk sikit baru lipat ye.

Makan kosong macam ni pun dah sedap, kalau cicah lagi lah sedap. Boleh cicah dengan kuah kari, sardin, atau paling senang sos cili je, hehe.

Selamat mencuba 😉



Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments

Popular Posts