Ketahui Perbezaan Kemurungan Dan Stress
Baru-baru ni dunia hiburan dikejutkan dengan berita penyanyi KPop, Jonghyun SHINee mati membunuh diri akibat depression atau pun kemurungan. Sebelum ni pun ada beberapa kes kematian bunuh diri di kalangan artis antarabangsa antaranya Chris Cornell, Chester Bennington, Chris Benoit dan Robbin William didakwa turut dikaitkan dengan penyakit kemurungan
Tahu tak apa perbezaan kemurungan dan stress? Ada yang anggap sama je dua-dua ni, tapi sebenarnya berbeza. Ramai yang mengalami stress bukannya kemurungan, tapi perlu berhati-hati jika kita mengesan sesuatu yang ganjil di kalangan mereka yang rapat dengan kita terutama dari segi tingkah laku mereka. Kemungkinan mereka mengalami kemurungan.
STRESS
Bila kita menghadapi sesuatu situasi yang kita tak suka contohnya bergaduh dengan pasangan, family, kawan, ada masalah hutang, nak menghadapi ujian dan sebagainya kita akan rasa tertekan atau stress.
Masa tu emosi kita tak stabil, nak marah, nangis dan ada yang boleh mengamuk. Tapi bila masalah tersebut selesai kita kembali ceria dan emosi menjadi stabil semula. Ianya tidak berlarutan. Stress biasa terjadi pada kita semua, dan ianya mudah dikawal.
KEMURUNGAN (DEPRESSION)
Kemurungan adalah salah satu penyakit psikologi yang melibatkan tekanan perasaan yang serius kepada individu. Stress yang berulang-ulang juga boleh menyebabkan kemurungan. Ia melibatkan rasa kesedihan, kepiluan, kecewa, putus harapan, hilang semangat untuk meneruskan kehidupan sehingga sanggup membunuh diri. Kehidupan dirasakan sunyi dan kosong.
Kemurungan yang berlarutan boleh memberi implikasi yang buruk kepada individu. Selain dari emosi yang terganggu, individu tersebut juga akan mengalami gangguan fungsi fizikal dan interaksi sosialnya. Rawatan perubatan dan bantuan psikoterapi serta kaunseling perlu diberi seawal mungkin kepada mereka yang terlibat.
Apakah tanda-tanda kemurungan?
- Tanda-tanda utama kemurungan adalah perasaan sedih, tidak gembira atau tidak ceria yang berlarutan melebihi dua minggu.
- Perubahan biologi seperti perubahan tidur, berat badan (naik atau turun), selera makan, nafsu seks, tenaga dan sakit-sakit badan sehingga terlalu bergantung pada ubat-ubatan.
- Perubahan kognitif seperti kurang tumpuan, mudah lupa, rasa bersalah, tiada keyakinan, putus harapan, rasa tidak berguna, gemar menyendiri, menjadi terlalu sensitif dan ingin membunuh diri.
Punca Kemurungan
Antara punca kemurungan adalah kerana pernah mengalami trauma yang tidak dapat diterima oleh pesakit, seperti kematian insan tersayang, pernah didera secara fizikal dan seksual, gagal dalam pelajaran, dan banyak lagi.
Selain itu ada juga yang disebabkan oleh masalah berat badan yang tidak dapat dikawal, yang menyebabkan mereka menjadi bebanan kehidupan seperti kegagalan dalam kerjaya atau kegagalan dalam rumahtangga.
Bagi sebilangan wanita, kedatangan haid, di saat awal kehamilan, selepas bersalin, ketika berpantang dan pre-menopous juga boleh menyebabkan kemurungan berlaku. Walaupun tidak serius tetapi jika berlaku sesuatu yang mengganggu emosi secara berlarutan, mereka boleh terdedah kepada kemurungan atau bahasa pasarnya meroyan.
Bagaimana Untuk Mengatasi Kemurungan
Pertama sekali dapatkan bantuan segera apabila kita sedar berlaku salah satu simptom kemurungan tersebut. Jangan tunggu sehingga semua simptom berlaku. Keadaan mungkin akan menjadi lebih sukar untuk dipulihkan. Bertemu dengan pakar perubatan, pakar psikologi, kaunselor atau orang-orang yang boleh membantu.
Elakkan bersendirian, cuba untuk keluar bersama-sama kawan dan keluarga. Lakukan aktiviti yang menggembirakan, isi masa terluang dengan membaca buku-buku motivasi. Ketika kita berada seorang diri, boleh lah dekatkan diri dengan Allah. Mengadulah pada Allah.
Jika bukan kita yang mengalami kemurungan, tetapi nampak simptom ini pada orang terdekat dengan kita, kita juga perlu memainkan peranan.
- dengar luahan mereka, jangan bersifat menghukum dan mensisihkan mereka
- sentiasa pantau aktiviti mereka untuk mengelakkan berlaku sesuatu yang tidak diingini
- bantu mereka mendapatkan rawatan daripada pakar
Selain itu, kita still kena jaga gaya hidup kita. Jaga pemakanan, kerapkan bersenam, amalkan gaya hidup yang sihat. Boleh baca entry blog kekmel tentang pengambilan nutrisi yang penting untuk otak kita, kerana otak memainkan peranan yang penting dalam penghasilan hormon yang boleh mengelakkan kita selalu stress.
Klik link di bawah;
Tingkatkan Motivasi Diri Dengan Memberi Nutrisi Kepada Otak
Semoga kita semua dapat mengawal stress dengan baik dan menjaga kesihatan mental kita untuk mengelakkan ianya menjadi masalah yang lebih serius sehingga menjadi kemurungan yang teruk.
Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com
Comments
Post a Comment