Makan Di Me'nate Steak Hub, Seratus Lebih Je Pun...

Baru-baru kecoh di media sosial mengenai bil hampir mencecah sepuluh ribu ringgit, makan di sebuah restoran makanan barat, Me'nate Steak Hub. Restoran milik orang Melayu. Perghhh...makan apa yang mahal sangat tu? Ada emas ke kat steak tu? Macam-macam kutukan dan sindiran yang orang ramai bagi.


So, bulan lepas saya pun nak cubalah makan di Me'nate. Nak tengok sendiri, betul ke? Saya bersama mak, adik saya Najwa, dan my two girls ke restoran Me'nate di Ampang.

Address: 
16, Jalan Kerja Air Lama Satu,
Taman Shuet Liang,
68000 Ampang, Selangor

Cawangan Lain:
Setapak : D-02-01, Starpac Point,
Jalan Genting Klang,
Taman Ibu Kota, Setapak
53300 Kuala Lumpur

Wangsa Maju : 25, Jalan Wangsa Delima 12,
Wangsa Link, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi semua cawangan:
Isnin - Khamis, Sabtu & Ahad: 11pg - 11mlm
Jumaat: 3ptg - 11mlm
 
Sampai-sampai je memang ramai orang. Restoran ni kecik je. Kena tunggu giliran di luar. Ada kerusi untuk kita duduk sambil tunggu giliran masuk.


Dah dapat meja, tengok menu. Hmm...not bad. Takdelah mahal pun. Sangat berpatutan.


Untuk steak, kita kena ke deep freezer yang menempatkan kesemua steak yang telah diperap mengikut jenis steak, bersama harga berdasarkan berat setiap steak tersebut. So kita dah sedia maklum ye harga steak yang kita pilih. Range harga pun dari RM30++ sehinggalah ribuan ringgit. Steak jenis wagyu merupakan steak yang paling mahal di sini. Kalau mampu, silakanlah...hehe...



Saya pilih lamb ribs, mak pilih ribeye, Najwa makan spagethi je sebab tengah jaga badan, nak kahwin la katakan, hehe...side order curly fries, sosej and fries for the girls. Air dia FOC ye, and free flow lagi. Dah boleh jimat kat situ kan...

So our total bill, RM116 sahaja!!! Sedap dan kenyang, Alhamdulillah. Boleh lah cuba makan situ. Jangan risau, anda takkan terkejut tengok bil pun, sebab anda pilih sendiri steak harga berapa yang anda nak ;)

Bon Appetit!!


Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments