Siapa Nak Saham Akhirat? Bantu Anak Yatim Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah Kembali Segak Ke Sekolah

Cuti sekolah dah nak bermula, memang menjadi waktu yang dinanti-nantikan oleh semua murid. Tapi bila nak masuk sesi persekolahan yang baru, semestinya mereka turut mengharapkan kelengkapan persekolahan yang baru. Bagi mereka yang masih mempunyai ibu bapa dan berkemampuan, tak perlu nak risau apa-apa, tunggu je ibu bapa sediakan. Tapi macam mana pulak dengan mereka yang kurang bernasib baik? Recycle baju lama balik lah nampaknya. Kalau masih elok takpelah kan, tapi kalau dah buruk terpaksa digunakan jugak. Ya Allah, kesiannya...Apa kata kita yang diberikan kelebihan rezeki oleh Allah ini untuk bantu anak yatim dan mereka yang memerlukan di luar sana.

Give Them Our Heart, Give Them Happiness


Atas kesedaran inilah, kami SID warga RichFamily ingin menganjurkan Kempen Back to School 2015 untuk membantu anak yatim Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah, Cheras kembali segak ke sekolah untuk sesi persekolahan tahun depan.


Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras (RKKTBC)


RKKTBC dibangunkan dengan satu tujuan untuk menyediakan tempat perlindungan dan jagaan yang terbaik kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik untuk menjamin pertumbuhan jasmani dan emosi yang sihat dalam suasana yang tenteram dan selamat. Kanak-kanak yang menghuni Rumah ini terdiri daripada anak-anak yatim, miskin, didera, ditinggalkan dan yang terabai.
Berdasarkan maklumat daripada RKKTBC, seramai 70 orang kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 7 tahun sehingga 12 tahun dikenalpasti akan menjalani sesi persekolahan 2015 nanti. Dengan ini, Kempen Back to School 2015 yang bertujuan untuk membantu anak-anak ini bersedia untuk kembali ke alam persekolahan dengan keadaan yang gembira dan ceria sama seperti anak-anak kita. Sumbangan yang dikumpulkan nanti akan terus disalurkan kepada tabung untuk pembelian peralatan persekolahan mereka. Kami juga telah mendapatkan kerjasama dari pihak Mydin untuk mendapatkan bekalan kesemua peralatan sekolah yang diperlukan .

Cara untuk membuat sumbangan


1. Setiap pembelian produk Shaklee anda daripada mana-mana SID di bawah group RichFamily, termasuklah saya, 10% daripada keuntungan jualan bulan ini akan disalurkan terus kepada Tabung Back to School 2015 ini. Sambil membeli, sambil menderma.
2. Anda juga boleh memilih untuk memberikan sumbangan mengikut kategori yang dikehendaki seperti dibawah;
  • Tajaan Kelengkapan Sekolah : RM150
  • Tajaan Set Pakaian Sekolah: Rm100
  • Tajaan Sepasang Kasut : RM30
  • Tajaan Korporat : RM1500 (minima 10 orang)
Selain daripada keperluan persekolahan, pihak RKKTBC juga sangat memerlukan bantuan seperti selipar, lampin pakai buang saiz S – XXL dan juga tikar. Jika kutipan Tabung Back to School 2015 ini mencukupi untuk menampung keperluan 70 orang anak yang bersekolah, baki wang tersebut (jika ada) akan digunakan untuk membantu belanja dapur dan keperluan-keperluan lain pula.

Kutipan dan tajaan boleh disalurkan terus ke akaun Master Lydzar Rusman seperti berikut:

Bank: CIMB
No akaun: 7602390876
Nama: Norliza Rusman
Email: lydzar@gmail.com
Sila isi borang Google Form ini untuk memudahkan urusan: http://bit.ly/tabungBackToScoolRAYTBC

Kanak-kanak bertuah dari RKKTBC ini akan diraikan pada 14 Disember 2014 nanti.

Semoga niat baik kita diberkati Allah. Jom kumpul saham akhirat banyak-banyak!! Takkan berkurang harta kita jika kita rajin bersedekah. The more u give, the more u get. Kerjasama dan keprihatinan semua pihak untuk menjayakan program ini amatlah dihargai.

Surah Al-An'am: ayat 152 - "Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya, sehingga ia baligh dewasa, serta layak mengurus hartanya sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil"

Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments