Ibu Risau Masalah Jaundis Pada Bayi, Apa Puncanya?

Jaundis atau demam kuning kerap berlaku pada bayi yang baru dilahirkan. Lebih kurang 60-70% bayi baru lahir mengalami gejala ini. Masalah jaundis pada bayi ini memang merisaukan kita, para ibu khususnya kan.

Esha dan zahra pun tidak terkecuali. Kesian my girls tiap hari di bawa ke klinik untuk check darah selama seminggu lebih. Sedih tengok tumit comel dorang dicucuk setiap hari untuk diambil sampel darah. Alhamdulillah, kuning mereka still di bawah kawalan, dan tak perlu jalani rawatan seterusnya di hospital. Kalau tak, memang tak boleh nak bayangkan lah, dengan keadaan diri saya yang masih dalam pantang, sakit czer pun tak hilang lagi, dah kena duduk hospital pulak. Huhu...syukur tak sampai ke tahap tu lagi.

"Jaundis merujuk kepada bayi yang mempunyai tanda seperti bahagian putih mata dan kulit yang berwarna kekuningan. Warna ini dapat dilihat dengan lebih jelas pada bahagian muka, dada, perut dan kaki apabila kulit bayi ditekan lembut dan akan bertukar kekuningan."





Apa itu jaundis/demam kuning?


Masalah jaundis pada bayi adalah fenomena biasa apabila darah pada bayi menjadi rosak, pecah dan dicernakan di dalam hati. Pencernaan dan penguraian komponen dalam darah ini akan menghasilkan bilirubin. Peningkatan bilirubin dapat dikesan melalui kekuningan pada tubuh bayi.

Biasanya bilirubin akan dibuang melalui najis dan air kencing. Tetapi apabila terlalu banyak darah yang rosak dan pecah kemudian dihuraikan secara serentak dalam satu masa, tahap bilirubin dalam darah akan meningkat.

Setiap bayi mempunyai tahap kuning yang berbeza dan akan mula dikesan pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Jaundis akan mula kelihatan pada bahagian muka, diikuti dada, perut dan kaki. 



Bacaan bilirubin akan meningkat pada hari ketiga, kelima dan ketujuh. Tahap bilirubin yang melebihi 85umo1/1 (5mg/dL) akan mula menunjukkan tanda kekuningan dan sekiranya meningkat kepada 100umo1/1 ia masih di dalam kawalan. Namun sekiranya dalam masa seminggu tahap bilirubin meningkat sehingga melebihi 340umo1/1 atau 21mg/dL, rawatan fototerapi akan diberikan.


Rawatan fototerapi



Bayi akan diletakkan di bawah lampu biru mengandungi 450 nano water dengan hanya memakai lampin dan mata ditutup. Cahaya lampu ini berfungsi menukar bilirubin kepada biliverdin yang lebih ‘mesra tubuh’ dan akan dikumuhkan menerusi air kencing.

Sekiranya rawatan fototerapi ini gagal menghalang daripada kenaikan tahap bilirubin sehingga mencecah 428umol/l atau 25mgd/L, rawatan pemindahan darah terpaksa dilakukan.

Jika pemindahan darah tidak dilakukan dan jaundis berlarutan sehingga 30 hari dikhuatiri bayi akan menghidap penyakit lain seperti radang hati, saluran darah tersumbat atau hepatitis. Lebih teruk sehingga menyebabkan kerosakan otak, sawan serta gangguan pendengaran.

Jangan risau kerana kini kes pemindahan darah amat jarang berlaku. Pemantauan daripada pihak hospital membantu menurunkan tahap bilirubin selepas seminggu kelahiran bayi.


Punca jaundis terjadi dan faktor peningkatan paras bilirubin


  • Bayi tidak diberikan susu ibu sepenuhnya.
  • Jaundis lebih kerap berlaku di kalangan bayi pramatang atau tidak cukup bulan berbanding bayi cukup bulan. Ini kerana hati tidak dapat memproses bilirubin dengan cepat. Usus mungkin tidak berfungsi sepenuhnya, terutama jika mereka sakit dan tidak disusukan.
  • Sel darah merah bayi mempunyai tempoh hayat yang lebih pendek dan pecah dengan cepat. Biasa berlaku bagi bayi yang mempunyai G6PD.
  • Lebam pada badan bayi yang disebabkan proses kelahiran seperti kaedah vakum yang menyebabkan banyak sel darah merah rosak dan perlu diganti.
  • Darah ibu dan bayi tidak sesuai.
  • Ibu menghidap kencing manis.
  • Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran.
  • Bayi lelaki Asia mempunyai peratusan demam kuning yang lebih tinggi dan kerap berbanding bayi perempuan.


Susu ibu dapat kurangkan kuning pada bayi


Kejutkan bayi untuk menyusu sekerap mungkin. Susu ibu akan menggalakkan pergerakan usus dan menyebabkan bilirubin dapat dikeluarkan daripada tubuh menerusi najis. Lakukan penyusuan setiap tiga jam sekali atau lapan hingga 12 kali sehari.

Bayi jaundis perlu dipastikan agar tidak mengalami kekeringan akibat pengambilan cecair yang tidak mencukupi. Namun ibu dinasihatkan tidak memberikan air masak kerana air masak tidak memberi sebarang tenaga dan kesan positif kepada bayi.


Bagi menghasilkan susu ibu yang banyak serta berkualiti, ibu harus mendapatkan makanan berkhasiat dan seimbang supaya dapat menghasilkan susu yang banyak serta berkualiti. Paling penting, jangan risau, tertekan atau stress kerana ini akan menyebabkan pengeluaran susu ibu merosot. 

Memang saya amalkan pemberian susu ibu yang kerap pada my girls masa tu. Setiap 2 jam saya akan kejutkan dorang untuk bagi susu. Saya pun pantau jugak pemakanan, kurangkan makanan berempah.

Ingin tahu rahsia untuk dapatkan susu ibu yang banyak dan berkualiti? Saya ada rahsia dia tau...cepat-cepat contact saya!! Sharing is caring ;)

Credit: http://www2.hmetro.com.my/articles/Ibutakperlurisau/Article

Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments