Apa Kebaikan Minyak Ikan Kepada Kesihatan, Perlu Ke Tak Perlu?
Minyak ikan terbukti boleh membantu mengurangkan keradangan. Selain itu, minyak ikan juga dapat memberikan kebaikan kepada kesihatan kita daripada banyak aspek lain. Saya senaraikan 7 perkara yang kita semua perlu tahu tentang kebaikan minyak ikan dalam kehidupan seharian kita.
1. Melindungi daripada pencemaran udara
- Kajian menunjukkan mereka yang mengambil 3g minyak ikan sehari selama 4 minggu berturut-turut, tidak memberikan respon negatif apabila didedahkan kepada udara yang tidak bersih selama 2 jam.
- Asid lemak omega-3 membantu melindungi badan kita daripada persekitaran yang tidak sihat.
2. Mengurangkan simptom osteoarthritis
- Kajian oleh University of Bristol menunjukkan minyak ikan omega-3 dapat mengurangkan simptom dan tanda-tanda penyakit osteoarthritis.
- Proses keradangan dapat dikurangkan sebanyak 50% dengan pengambilan minyak ikan setiap hari.
3. Mengurangkan tanda penuaan
- Terdapat bukti mengatakan "telemore shortening" (DNA di hujung kromosom) akan menghalang fungsi sel stem dan regenerasi selular yang menyebabkan penuaan yang tidak sihat.
- Kajian University of California mendapati, semakin tinggi paras asid omega-3 di dalam darah, semakin panjang "telemores".
- Maka, dengan pengambilan minyak ikan secara konsisten, kita dapat mengurangkan tanda-tanda penuaan.
4. Membantu pembakaran lemak
- keupayaan DHA untuk peka dengan kehadiran insulin, kebaikan EPA dalam fungsi anti-keradangan, dan kebaikan kedua-duanya dalam pembakaran lemak, menjadikan minyak ikan sebagai supplement diet yang terbaik
5. Meningkatkan fungsi dan memori otak
- Kajian mendapati minyak ikan berupaya mengurangkan pengecutan otak yang boleh menyebabkan hilangnya keupayaan berfikir dan daya ingatan.
- Diet yang kurang pengambilan asid lemak omega-3 boleh menyebabkan penuaan otak berlaku dengan pantas.
6. Melindungi otot badan
- Kajian terhadap pengambilan minyak ikan oleh mereka yang menjalani proses kemoterapi mendapati bahawa pesakit yang tidak mengambil minyak ikan kehilangan berat secara purata 2.3kg, berbanding dengan pesakit yang mengambil minyak ikan yang dapat mengekalkan berat badan mereka dan juga otot mereka.
7. Membaikpulih kesihatan tulang
- DHA omega-3 mampu menambahkan ketumpatan mineral di dalam tulang, hasil kajian yang dijalankan.
- Untuk mengelakkan berlakunya osteoporosis, jadikan minyak ikan sebagai supplement tambahan selain daripada pengambilan kalsium, vitamin D dan magnesium dalam diet seharian kita.
Dah tahu kebaikan minyak ikan ni kepada kesihatan kita? Jangan ragu-ragu nak cuba tau...satu family boleh consume, memang tak rugi. Saya sendiri kongsi dengan anak-anak. Mama nak kurus, anak nak pandai dan sihat. Complete package gitu...ahaks...
Nak cari minyak ikan yang terbaik untuk anda sekeluarga? Omega Guard Shaklee lah jawapannya.
- Dalam 1 kapsul minyak ikan omega guard Shaklee, ada 90% kandungan EPA & DHA.
- Dihasilkan daripada ikan laut dalam yang berkualiti dan dijamin ketulenannya.
- Bukan sebarang ikan, dan juga BUKAN minyak hati ikan tau. Memang tak sama tau...
Tunggu apa lagi, cepat-cepat contact saya. Promo bulan ni semestinya harga special untuk semua ;)
Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com
ReplyDeleteInfo yang menarik mengenai minyak ikan Omega-3. Memang pengambilan minyak ikan Omega-3 seperti OmegaGuard Shaklee banyak mendatangkan manfaat kesihatan. Namun pengambilan minyak ikan Omega-3 boleh juga mendatangkan kemudaratan sekiranya ianya diambil dalam dos yang berlebihan. Antaranya ialah ia boleh mendatangkan 'reversal effect' iaitu sistem imunisasi badan yang sepatutnya menjadi lebih kuat dengan pengambilannya akan menjadi lemah. Akibatnya seseorang itu akan mudah mendapat penyakit berjangkit dan penyakit kronik seperti kanser dan sebagainya. Selain itu, kesan terlebih dos minyak ikan Omega-3 juga ialah darah kita akan menjadi terlalu cair lalu meningkatkan risiko perdarahan luaran dan dalaman.
Terima kasih Dr di atas info tersebut. Betul, jika diambil berlebihan mmg boleh mendatangkan kesan yg tidak baik. Sbb itu perlu diambil mengikut dos yg dicadangkan sahaja.
Delete