Detox Badan Dengan Infused Water


Infused water


Air sejuk yang menjadi trend dan popular satu dunia sekarang ni. Macam best je bila tengok banyak gambar infused water di internet. Tapi bukan sekadar air sejuk biasa ye, infused water ni air kosong yang disejukkan bersama buah-buahan dan sayur-sayuran. Semestinya berkhasiat dan menyegarkan sebab bahan-bahan yang digunakan adalah semulajadi, tanpa pewarna atau perasa tiruan. Detox semulajadi yang sangat mudah!

Saya pun tak nak ketinggalan, hehe...sebab ada satu resipi yang menarik perhatian saya, iaitu untuk menghilangkan lemak di perut, ahaks...



Cuba check peti ais korang, ada tak timun, lemon, halia, dan daun pudina? Kalau ada boleh la cuba resipi ni...

2L air kosong
1 biji timun saiz medium, dihiris bulat (jangan nipis sangat)
1 biji lemon, dihiris bulat
1-2 inci halia, dipecahkan sedikit saja
10-12 helai daun pudina

* campurkan semua bahan dalam satu bekas, simpan dalam peti ais semalaman...sangat mudah

Dalam peti ais saya ada timun dan lemon je, malas pulak nak gi kedai, hehe...boleh jugak guna dua bahan ni untuk bersihkan dalaman kita ;)

Timun dan lemon dihiris bulat

My infused water...so refreshing

Memang best bila minum infused water ni, segar je rasa...lepas ni saya tambah halia dan daun pudina la pulak, mesti lagi best kan.

Boleh jugak cuba resipi yang lain kalau rajin lah, hehe ;)

Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments