PM Lyna~7 Sebab Anda Perlu Berhenti Buat Bisnes Shaklee
Sedikit amanat dari moyang Shaklee saya, PM Lyna Noh....
__________________________________________________
Dalam pada ramai yang mengakui seronok berbisnes Shaklee, malah ada yang anti MLM tapi berubah persepsi apabila mengenali Shaklee.. tetap ada golongan yang tak sesuai berbisnes Shaklee (terutama dengan group iReach), nak check adakah anda salah satu darinya?
Nak Duit Cepat
Shaklee bukan skim cepat kaya. Kalau mula bisnes hari ni, bulan depan dan jangka nak bonus ribu-ribu, di sini bukan tempatnya. Mungkin boleh cuba dalam bisnes lain atau MLM lain, atau skim cepat kaya yang ditawarkan di luar sana.
Nak Duit Senang
Nak buat jualan hanya dengan login FaceBook saja? Mungkin boleh, tapi bukan dalam Shaklee. Dalam Shaklee perlu mengamalkan konsep ‘sharing’ atau berkongsi. Sharing di sinilah bukanlah ‘tekan butang SHARE’ di atas perkongsian orang lain, bukan! Tapi kita sendiri yang kongsi apa yang ada dalam hati kita, ilmu, pengalaman, petua, tips dan sebagainya kepada pembaca-pembaca status dan blog kita.
Nak Bermalas-malasan
Dalam Shaklee tiada istilah ‘orang atas je makin kaya, yang bawah kena kerja’ kerana kita bukan skim piramid. Baik di atas, atau di bawah, semua ada peluang yang sama. Yang paling atas pun kalau MALAS, memang takkan ke mana. Walaupun sudah capai ranking Master Coordinator, tetap tak boleh goyang kaki. Setiap stage ada cabaran yang tersendiri. Kalau rasa nak bersenang-senang, di sini bukan tempatnya. Malah ramai Master Coordinator dalam Shaklee adalah ‘orang bawah’ manakala orang di atasnya masih jauh lagi untuk ke tahap Master (ada yang langsung tiada rank).
Nak Kaya Sorang-Sorang
Jika dalam bisnes biasa, kita mungkin boleh kaya dan berjaya secara individu. Paling tidak sama-sama kaya dengan supplier. Tapi dalam Shaklee, mesti kena kaya dan berjaya dengan membawa anak-cucu Shaklee juga bersama-sama untuk kaya dan berjaya. Seseorang SID tak boleh jadi kaya dan berjaya dengan menindas orang lain. Malah, tak boleh jadi kaya kalau bersikap individualistik dan tidak mahu membantu orang lain untuk jadi kaya dan berjaya sepertinya.
Tidak Suka Mengkaji dan Mengaji
Suplemen tidak sama dengan ubat. Suplemen bukan pengganti makanan. Suplemen juga bukan pengganti so-called ‘makanan sunnah’. Tapi kalau malas mengkaji, dan malas pula mengaji (boleh diaplikasi untuk mengaji al-Quran dan belajar, dalam dialek Kelantan mengaji maksudnya belajar), maka sampai ke sudah keliru dan tak faham-faham perkaitan antara kesemuanya. Nak sampaikan kepada orang lain, kita sendiri kena faham dulu. Kalau tak faham, kena kaji dan ngaji (belajar, dan mengaji al-Quran bagi terang hati) sampai faham.
Tak Suka Ambil Pengajaran
Dalam Shaklee, kita gunakan satu konsep – namanya duplikasi. Dengan kata lain, duplikasi adalah ambil pengajaran daripada yang telah dibuat atau telah dilalui oleh leader kita (mak, nenek, dalam Shaklee). Macam kita belajar dari mak dan nenek kandung kita… kita perhatikan mereka buat apa, kita dengar bebelan (nasihat sebenarnya) mereka, kita tanya mereka macam-macam… Tapi, orang yang tak ambil pengajaran dari orang-orang tua (mak, nenek, moyang kandung) pasti tak dapat warisi apa yang ada dalam keturunan, walaupun keturunan ada sesuatu yang istimewa, misalnya resepi rendang tok turun-temurun. Benda ni tak turun kalau kita tak belajar. Begitulah juga dalam Shaklee, walaupun mak, nenek, moyang Shaklee adalah leader-leader yang hebat dan berbakti, kehebatan tu tak turun kalau kita cuma berdiam diri dan tunggu kehebatan itu berlaku dengan sendirinya pada kita. Mesti rajin menuntut.
Tak Tetap Pendirian
Hari ni buat Shaklee, esok rasa Shaklee ni susah… buat benda lain pula, lusa buat benda lain pula. Sampai ke sudah melompat-lompat. Lompat-lompat tak salah, mungkin belum jumpa yang sesuai dengan jiwa… tapi sebelum lompat, buat dulu sesuatu sampai habis dengan sepenuh hati. Setiap bisnes/usaha ada cabarannya. Dan bila ada hadapi cabaran, itu bukan bermakna tak sesuai atau tak serasi… harungi dulu cabaran yang datang. Kalau nak tunggu benda yang tak ada cabaran baru boleh jalan, mungkin ada di Hospital Bahagia.
Hidup ini adalah perjuangan. Tiada benda yang senang dan tiada kerehatan selagi kita belum menghembuskan nafas terakhir. Sentiasalah memburu kecemerlangan dalam hidup, kerana hidup ini adalah medium yang membawa kita ke akhirat.
Robbana aatina fudduniya hasanah, wa fil akhiroti hasanah, waqina azabannar.. Ameen.
Sememangnya bukan senang untuk buat bisnes Shaklee ni, TAPI tidak sukar juga untuk berjaya dalam Shaklee. Duplicate leaders, usaha, tawakal adalah kunci kejayaan. Jalan dah terbentang luas, dah disediakan oleh leaders Shaklee, tinggal lagi nak tak nak je buat dan duplicate cara mereka.
Ingin bersama kami mencapai impian dengan Shaklee? Jom jadi ahli Shaklee and be a part of our team!!
Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com
Comments
Post a Comment