Tazkirah Subuh ~ Antara Serigala dan Dunia

tazkirah subuh


Salam subuh...saya nak kongsikan sedikit perkongsian, tazkirah subuh untuk pagi ini.


Antara Serigala dan Dunia


"Tidaklah serigala yang buas itu jika dilepaskan di kandang kambing lebih berbahaya daripada seorang cintakan pangkat, harta dan kemegahan pada keadaan agama seorang Muslim."
(Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Nasa’i)

Kesimpulannya...

Penyakit cintakan pangkat, harta dan kemegahan dunia adalah lebih berbahaya. Agama Islam berada dalam keadaan yang lebih menakutkan daripada kambing yang berhadapan dengan serigala.

Manusia yang berpenyakit ini boleh melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat mereka. Ya, manusia-manusia ini telah tersebar luas diseluruh dunia. Lihatlah dimana-mana pasti ada golongan ini. Sungguh manusia akan mudah tertarik pada apa yang dapat dilihat serta dirasai dan itulah nikmat dunia. Mungkin waktu ini kita boleh menuding jari pada manusia-manusia ini tapi ingatlah ujian kita untuk itu mungkin belum tiba.

Sucikanlah hati, binalah keikhlasan dalam setiap amal kita, majulah tahap demi tahap. Yakin dan berpegang teguhlah hanya pada Allah sahaja, tiada yang lain dari NYA sebagai “ilah” kita.

#cintaTuRBO1


Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments